Utusan Borneo (Sabah)

JTS ungguli kategori Anugerah Inovasi Perkhidmat­an Awam pada MTE 2020

-

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak mengunggul­ikategoriA­nugerah Inovasi Perkhidmat­an Awam (PSIA) pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2020 yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 20 hingga 22 Februari.

Tiga projek inovasi yang dipertandi­ngkan JTS pada MTE 2020, ‘Power4Fiel­ds– Portable Power Supply’, ‘Mobile Land and Survey Informatio­n System’ (LASIS) dan ‘Sarawak Virtual 3D City’ masing-masing telah dianugerah­kan pencapaian tertinggi dalam PSIA, iaitu Pingat Emas.

Anugerah disampaika­n Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Inovasi Perkhidmat­an Awam.

Kecemerlan­gan ketigatiga projek inovasi tersebut terserlah apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas yang diberi institusi berkaitan dengan inovasi dan kreativiti di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Mobile LASIS menerima Anugerah Khas daripada Persatuan Kreativiti dan Inovasi Malaysia (MACRI).

Projek ‘Sarawak Virtual 3D City’ pula diangkat sebagai penerima Anugerah Khas oleh Internatio­nal Alliance of Innovation and Invention Associatio­ns manakala projek ‘Power4Fiel­ds’ diiktiraf untuk menerima Anugerah Khas daripada Internatio­nal Federation of Inventor’s Associatio­n (IFIA).

Penyertaaa­n JTS pada MTE 2020 kali ini adalah dengan kerjasama strategik bersama Lembaga Multimedia Sarawak(SMA).

Seramai 10 pegawai yang diketuai Juruukur Kanan Ramzi Abdillah mewakili JTS untuk membentang­kan ketiga-tiga projek inovasi berkenaan pada sesi penilaian di tapak pameran JTS di MTE 2020.

Turut hadir pada sesi penilaian tersebut adalah Pengurus Besar SMA Dr

Zaidi Razak dan Ketua Unit Pembanguna­n dan Penyelidik­an SMA Dr Khairul Hafiz Sharkawi serta pegawai Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

MTE 2020 merupakan platform bagi para penggiat inovasi dan kreativiti untuk mempamerka­n inovasi mereka kepada umum.

Pameran ke-19 ini melibatkan 305 inovasi daripada 150 penyertaan terdiri daripada organisasi perkhidmat­an awam, syarikat pengeluara­n dan firma teknologi, institusi pengajian tinggi, penyelidik dan peringkat sekolah.

MTE 2020 juga telah melibatkan penyertaan dari negara Croatia, Poland, United Kingdom, Iran, Taiwan dan Indonesia.

Seramai lebih kurang 3,500 pengunjung direkodkan menghadiri MTE 2020 pada hari pertama dan jumlah ini telah meningkat pada dua hari seterusnya.

Bagi kategori PSIA, sebanyak 30 projek telah dipamerkan untuk dipertandi­ngkan melibatkan 15 organisasi perkhidmat­an awam.

Selain projek daripada JTS, lima lagi projek inovasi daripada organisasi lain turut menerima pingat emas, 10 organisasi menerima Pingat Perak dan 12 organisasi menerima Pingat Gangsa.

JTS adalah satu-satunya agensi pentadbira­n tanah yang menyertai MTE 2020 dengan komitmen untuk sentiasa menambah baik perkhidmat­an JTS kepada rakyat secara berterusan selain dijadikan pentas untuk perkongsia­n dan mewujudkan jalinan bersama dengan penggiat industri inovasi dan kreativiti bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di peringkat antarabang­sa.

Penyertaan ini juga bertujuan memperkena­lkan inovasi yang diguna pakai oleh JTS dalam perkhidmat­an awam selain mempromosi­kan Perkhidmat­an Awam Negeri Sarawak sebagai perkhidmat­an awam bertaraf dunia.

 ??  ?? TAHNIAH: Pasukan JTS dan SMA menunjukka­n piala dan sijil yang dimenangi pada MTE 2020.
TAHNIAH: Pasukan JTS dan SMA menunjukka­n piala dan sijil yang dimenangi pada MTE 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia