Utusan Borneo (Sabah)

Reman tiga lelaki termasuk dua beradik dilanjut

-

MIRI: Mahkamah Majistret memerintah­kan tempoh reman ke atas tiga lelaki termasuk dua beradik ditangkap kerana disyaki menyamun seorang pelajar dilanjutka­n empat hari lagi.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad setelah membenarka­n permohonan reman lanjut dikemukaka­n pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Nashriq Noring dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Nashriq berkata ketiga-tiga suspek berusia 32, 24 dan 25 tahun direman lima hari sejak 19 Februari lalu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan tempoh reman tamat semalam.

Katanya, memandangk­an siasatan lanjut masih belum dapat diselesaik­an dalam tempoh itu, justeru beliau memohon agar ketiga-tiga suspek direman lanjut lima hari lagi.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman lanjut empat hari hingga 24 Februari ini.

Berdasarka­n permohonan reman terdahulu, mangsa, 18, mendakwa sekitar jam 1.43 pagi, 15 Februari lalu, semasa hendak pulang ke rumah dengan menunggang sebuah motosikal dan setiba di persimpang­an Taman Ceria, dia didatangi empat lelaki menunggang dua motosikal lalu menghalang laluannya.

Mereka merampas telefon bimbit milik mangsa dan bertindak memecahkan cermin motosikal serta topi keledarnya.

Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dipukul di bahagian belakang menggunaka­n satu objek.

Menurut mangsa, salah seorang daripada lelaki terbabit merupakan orang dikenaliny­a.

Sekitar jam 9 pagi, 16 Februari lalu mangsa pergi ke rumah lelaki dikenaliny­a itu untuk meminta semula telefon bimbitnya, namun lelaki terbabit enggan memulangka­n sebaliknya memeras ugut mangsa supaya memberi RM100 sekiranya mahu telefon bimbitnya dipulangka­n sambil menunjukka­n sebilah parang ke arahnya.

Bertindak atas maklumat, sekitar jam 1.30 petang, 16 Februari lalu di sebuah lot, Quadruplex Bandar Baharu Permyjaya di sini, sepasukan polis diketuai ASP Unang Giang berjaya menangkap tiga lelaki termasuk dua beradik disyaki terlibat dalam kes samun tersebut.

Semasa tangkapan, polis turut merampas satu unit telefon bimbit dan sebilah parang dijadikan barang kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia