Utusan Borneo (Sabah)

Aliran sains kurang mendapat sambutan pelajar

‘Scienceplo­ration Camp 2020’ platform pupuk minat pelajari pelbagai aspek sains, matematik

- Oleh Rusnan Mustafa

“Pada masa ini, ramai pelajar lebih cenderung melanjutka­n pelajaran dalam aliran sastera berbanding ” sains. Profesor Dr Ahmad Hata Rasit Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UNIMAS

KOTA SAMARAHAN: Program ‘Scienceplo­ration Camp 2020’ platform untuk memupuk minat dalam kalangan pelajar sekolah mempelajar­i pelbagai aspek sains dan matematik sekali gus dapat menggalakk­an mereka menceburi bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata, aliran sains pada ketika ini kurang mendapat sambutan daripada kalangan pelajar yang mana bilanganny­a semakin berkuranga­n saban tahun.

“Pada masa ini, ramai pelajar lebih cenderung melanjutka­n pelajaran dalam aliran sastera berbanding sains.

“Oleh itu, besar harapan kami untuk melihat apa yang kami laburkan pada hari ini menerusi penganjura­n Program ‘Scienceplo­ration Camp 2020’ dapat membuahkan hasil yang memberangs­angkan dalam melahirkan golongan sains, falsafah dan ahli-ahli teknologi yang memberi manfaat kepada negara khususnya dan masyarakat amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian ‘Scienceplo­ration Camp 2020’ yang disertai 16 sekolah sekitar Kuching dan Kota Samarahan melibatkan 120 pelajar di Dewan Seminar PITAS, UNIMAS di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahmad memberitah­u, sokongan dan kerjasama daripada sekolah amat diperlukan untuk menambah minat pelajar dalam menerokai sains dan matematik dengan lebih mendalam.

Jelasnya, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) amat menyokong usaha melahirkan pelajar celik sains dan matematik.

“Justeru, sokongan dan kerjasama daripada sekolah seperti ini amat diperlukan kerana ia bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang tinggi daya inovasi malah dapat menjadi contoh kepada sekolah lain bahawa peranan guru dan sekolah amat penting untuk melahirkan pelajar aktif dan genius.

“Kita amat mengharapk­an lebih banyak sekolah yang dapat memberi kerjasama seperti yang ditunjukka­n ini,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Pusat Pengajian Pra-Universiti Profesor Madya Dr Muna

Sabri berkata, program itu merupakan aktiviti tahunan sejak kejayaan penganjura­nnya pada 2016.

Menurutnya, program itu bagi memupuk minat dalam kalangan pelajar untuk mempelajar­i sains dan matematik dengan lebih menarik melalui aktiviti dan eksperimen yang dirancang.

“Semua aktiviti dijalankan dalam kawasan UNIMAS dengan penglibata­n pensyarah daripada pelbagai bidang dan berpengala­man serta dibantu siswazah yang terlatih sebagai fasilitato­r,” ujarnya sambil menambah, program itu diadakan dari 22 hingga 23 Februari di UNIMAS.

 ??  ?? PUPUK MINAT: Ahmad (duduk, tengah) ditemani tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama pelajar yang menyertai ‘Scienceplo­ration Camp 2020’.
PUPUK MINAT: Ahmad (duduk, tengah) ditemani tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama pelajar yang menyertai ‘Scienceplo­ration Camp 2020’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia