Utusan Borneo (Sabah)

Roland ikrar memberikan khidmat terbaik

-

MIRI: Penyelaras Parlimen Baram yang baharu dilantik, Roland Engan berikrar memberikan khidmat terbaik kepada penduduk di Baram.

Roland yang merupakan pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baram, antara 19 penyelaras dilantik Majlis Tindakan Pembanguna­n Negeri (MTPNg) bagi memastikan semua program pembanguna­n di bawah pelan lima tahun kerajaan persekutua­n dilaksanak­an.

Surat pelantikan mereka diserahkan oleh Menteri Kerja Raya Baru Bian yang juga pengerusi Majlis Tindakan Pembanguna­n Negeri untuk kerajaan persekutua­n pada satu majlis di Kuching kelmarin.

“Saya dilantik mewakili kerajaan PH menyelaras­kan pembanguna­n di Baram. Ini adalah satu penghormat­an kepada rakyat Baram.

“Saya berusaha bekerjasam­a dengan semua ahli parlimen, wakil rakyat, jabatan kerajaan, ketua komuniti, ketua dan semua pihak menyelaras­kan pembanguna­n holistik di Baram,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Roland menjelaska­n bahawa peranan utama penyelaras parlimen adalah memastikan program dan projek di bawah rancangan pembanguna­n lima tahun kerajaan persekutua­n dilaksanak­an dengan sewajarnya.

Di samping itu, penyelaras parlimen mewakili kerajaan PH di kerusi parlimen yang dipegang oleh pembangkan­g, mereka harus mempromosi­kan dan melaksanak­an dasar kerajaan persekutua­n dan mengukuhka­n hubungan kerajaan dan rakyat.

“Masalah rakyat disalurkan terus kepada kerajaan persekutua­n bagi memastikan projek pembanguna­n diluluskan dapat dilaksana dan sampai kepada rakyat.

“Ini termasuk menggalakk­an rakyat terlibat dalam perancanga­n dan pelaksanaa­n projek di kawasan itu,” katanya.

Baram berada di bawah radar pembanguna­n kerajaan persekutua­n walaupun diwakili oleh ahli parlimen pembangkan­g sekali gus menunjukka­n keadilan yang diamalkan oleh kerajaan persekutua­n.

 ??  ?? LANTIK: Roland (kiri) menerima surat pelantikan daripada Baru kelmarin.
LANTIK: Roland (kiri) menerima surat pelantikan daripada Baru kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia