Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan fokus usaha tangani masalah negara: Wan Azizah

Peralihan kuasa seperti disepakati pada mesyuarat Majlis Presiden PH

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha menangani masalah dan isu yang dihadapi negara khususnya kesan jangkitan COVID-19 kepada ekonomi berbanding hal-hal seperti peralihan kuasa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah berkata isu penyerahan jawatan perdana menteri kepada penggantin­ya telah disepakati pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam kelmarin.

“Kita mentadbir negara sebaik mungkin untuk perbaiki (negara)… kita sedang menghadapi kluster COVID-19, cara bagaimana kita menanganin­ya kerana ia (penularan virus korona) memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.

“Oleh itu, kita semua akan fokus (terhadap impak COVID-19 kepada negara). Isu peralihan kuasa telah disepakati kelmarin dan ditetapkan selepas APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik),” katanya kepada pemberita selepas melakukan pelepasan Kayuhan Kasih Mesra Fun Ride bersama TPM di sini semalam.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung keputusan Majlis Presiden PH malam tadi yang memutuskan

“ Oleh itu, kita semua akan fokus (terhadap impak COVID-19 kepada negara). Isu peralihan kuasa telah disepakati kelmarin dan ditetapkan selepas APEC (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik).

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

bahawa peralihan kuasa adalah selepas persidanga­n APEC 2020 pada November dan menyerahka­n kepada Dr Mahathir untuk memutuskan bila beliau akan mengundurk­an diri.

Terdahulu, Dr Wan Azizah

yang juga Ahli Parlimen Pandan, meluangkan masa kira-kira sejam pada program kayuhan sejauh 30 kilometer (km) dan 5km anjuran Kelab Basikal Komuniti Ampang membabitka­n penyertaan 500 peserta.

Mengulas program itu, beliau berkata ia adalah aktiviti riadah gaya hidup sihat yang bertujuan meningkatk­an penjagaan kesihatan meliputi setiap lapisan masyarakat termasuk golongan berusia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MULA: Dr Wan Azizah melakukan ’flag off’ bagi para peserta yang menyertai program Kayuhan Kasih Mesra di Stadium Majlis Perbandara­n Ampang Jaya,Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama MULA: Dr Wan Azizah melakukan ’flag off’ bagi para peserta yang menyertai program Kayuhan Kasih Mesra di Stadium Majlis Perbandara­n Ampang Jaya,Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia