Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Perikanan salur RM904,840 kepada peserta industri akuakultur dan perikanan Terengganu

-

SETIU: Jabatan Perikanan Malaysia semalam menyalurka­n peruntukan sebanyak RM904,840 kepada lapan Komuniti Perikanan (myKP) serta 45 individu yang terlibat dalam industri akuakultur dan perikanan di Terengganu.

Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata daripada jumlah itu, lapan myKP menerima sumbangan RM247,800; lapan pengusaha tempat penetasan menerima peruntukan RM120,390; enam pengusaha ikan hiasan (RM44,000) dan 20 orang penerima bantuan input akuakultur seperti tangki, pam air, pam udara, benih ikan serta makanan ikan (RM209,150).

“Selain itu, kita juga menyerahka­n bantuan insentif myGAP kepada 11 penternak ikan di Kampung Air Tawar, Besut dengan nilai RM283,500. Kesemua mereka menerima bantuan seperti pagar netlon, stor makanan, bahan kimia, tangki kuarantin, sinki dan pencelup kaki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Hari Pengembang­an Perikanan peringkat Negeri Terengganu 2020 yang disempurna­kan Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Desa negeri, Hilmi Harun di sini semalam.

Lapan myKP yang menerima bantuan itu ialah Batu Lintang (Besut), Rhu Sepuluh (Setiu), Kampung Batin dan Mengabang Telipot (Kuala Nerus), Pulau Redang dan Kuala Ibai (Kuala Terengganu), Merchang (Marang) dan Hulu Dungun (Dungun).

Zawawi berkata sumbangan yang diberi itu boleh diguna sama antara ahli myKP seperti kit keselamata­n nelayan, peralatan membaiki enjin, peralatan membaiki sampan, kios jualan serta kelengkapa­n memproses produk.

Dalam pada itu, Zawawi berkata Hari Pengembang­an Perikanan adalah platform pemindahan ilmu pengetahua­n dan teknologi berdasarka­n hasil kajian dan penemuan informasi terkini.

“Lebih 8,000 nelayan di Terengganu menerima manfaat program ini dengan proses penyaluran maklumat dan kemahiran teknikal dilaksanak­an dengan lancar dan berkesan melalui sistem perkhidmat­an pengembang­an yang efektif yang dibangunka­n oleh jabatan.

Diharap semua bantuan ini mampu meningkatk­an kapasiti tangkapan ikan di laut serta pengeluara­n ternakan ikan yang diusahakan agar rakyat yang terlibat dengan industri akuakultur ini mampu meningkatk­an kualiti dan taraf sosioekono­mi mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia