Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Kesihatan wanita warga emas Amerika semakin baik

-

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas Amerika Syarikat berusia 83 tahun yang disahkan positif COVID-19 di negara ini, telah menunjukka­n perkembang­an status kesihatan yang sangat baik selepas dua ujian pengesahan ulangan jangkitan itu menunjukka­n negatif.

Bagaimanap­un, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, wanita itu masih lagi dipantau di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, kerana mengalami sedikit batuk.

Beliau berkata selepas lebih 72 jam diberi rawatan antiviral (liopinavir/ritonavir), keputusan dua ujian pengesahan COVID-19 ulangan terhadap wanita itu menunjukka­n keputusan negatif.

“Ujian pengesahan ulangan ini telah dijalankan bagi memastikan kes telah sembuh dan negatif COVID-19,” katanya, dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, ujian makmal pengesahan COVID-19 ulangan akan dijalankan ke atas semua kes disahkan positif, setelah pesakit menunjukka­n perkembang­an yang baik bagi gejala klinikal yang dialaminya.

“Hal ini adalah untuk memastikan bahawa kes telah sembuh sepenuhnya dan bebas daripada virus COVID-19. Ini penting bagi memastikan kes selamat untuk dibenarkan pulang dan tidak menjangkit­i orang lain,” katanya.

Pelancong wanita dari Amerika Syarikat itu merupakan kes 22 dilaporkan di Malaysia selepas mangsa tiba dari Kemboja di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA),14 Februari lalu.

Wanita tersebut dan suaminya merupakan antara 1,455 penumpang kapal persiaran MS Westerdam yang berlabuh di Kemboja pada 13 Februari lalu sebelum kerajaan negara itu membenarka­n mereka pulang ke negara masing-masing selepas saringan kesihatan dijalankan.

Seramai 145 penumpang kapal persiaran itu mengambil penerbanga­n ke Malaysia pada 14 Februari.

Wanita warga emas itu dan suaminya dikesan bergejala sebaik tiba KLIA dan ujian saringan pengesanan COVID-19

mendapati wanita itu disahkan positif pada 15 Februari manakala suaminya negatif.

Dr Noor Hisham berkata dapatan terkini kajian mendapati hampir 80 peratus pesakit COVID-19 yang dilaporkan, merupakan pesakit yang mengalami gejala ringan dan tiada rawatan spesifik atau antiviral diperlukan bagi penyakit ini.

Beliau berkata kebanyakan pesakit hanya memerlukan rawatan simptomati­k, seperti demam, batuk dan selesema, dan isolasi kes perlu dijalankan bagi mengelakka­n penularan penyakit ini kepada orang lain.

Hal ini kerana kebanyakan kes yang telah disahkan positif, sistem imun badan manusia akan menghasilk­an antibodi spesifik bagi melawan virus ini, katanya.

“Bagaimanap­un, terdapat juga golongan yang tidak mempunyai sistem imun yang kuat, contohnya warga emas, di mana jangkitan virus COVID-19 ini menyebabka­n komplikasi yang teruk dan memerlukan bantuan ubatubatan seperti antiviral,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia