Utusan Borneo (Sabah)

Tengku Hassanal nasihat pelajar jauhi sindrom 3K

-

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatk­an pelajar universiti untuk menjauhi sindrom 3K iaitu Kuliah-Kafeteria-Katil semasa menuntut ilmu.

Baginda bertitah pelajar universiti juga perlu mempunyai kesedaran untuk melengkapk­an diri dengan kemahiran lain dan tidak lagi bergantung semata-mata kepada pencapaian akademik cemerlang untuk meningkatk­an kebolehpas­aran mereka.

“Saya menyeru kepada adik sekalian untuk meningkatk­an kemahiran seperti kepimpinan, pengucapan awam, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta membina keyakinan diri yang amat diperlukan untuk memasuki alam pekerjaan.

“Dalam masa sama, jangan lupa adab dan budi budi bahasa kita ...berbaik-baik sesama sendiri dan jangan lupa untuk rajin belajar. Jika masuk ke universiti tetapi malas, buat apa kita berada di sini? Sentiasa berfikiran positif dan buatlah ibu bapa bangga,” titah baginda.

Tengku Hassanal bertitah demikian semasa melancarka­n Program Jom Masuk IPT 2020 Zon 2 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang di sini semalam. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan

Rosdy Wan Ismail dan Naib Canselor UMP Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff.

Baginda juga merakamkan tahniah kepada pengurusan dan pentadbira­n UMP atas kejayaan yang dicapai sebelum ini dan berharap mereka terus komited dalam memajukan universiti dengan penuh amanah demi pendidikan generasi masa depan negara.

“Jatuh bangun negara kita terletak pada belia masa kini dan kerajaan bertanggun­gjawab untuk memastikan semua universiti dan institusi pengajian tinggi mempunyai infrastruk­tur terbaik termasuk dalam aspek tenaga pengajar supaya proses pembelajar­an dan penyelidik­an berjalan dengan cekap,” titah baginda.

Tengku Hassanal juga menitahkan supaya pihak yang terlibat untuk memberi fokus kepada kebolehpas­aran graduan.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Jabatan Pendidikan Tinggi, Wahi Nordin berkata program dua hari mulai semalam, disertai 100 pempamer termasuk 20 universiti awam, intitusi pengajian tinggi swasta, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

“Program kali ini juga disertai pihak matrikulas­i dan Institut Pendidikan Guru (IPGM) dan pelajar yang menunggu keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan setara boleh mendapatka­n maklumat berhubung kursus diminati. Penjualan nombor pin unik ID UPU akan bermula pada 24 Februari ini,” katanya.

Wahi berkata program itu yang telah dilaksanak­an di Johor sebelum ini, akan dianjurkan di beberapa buah lagi negeri sebelum berakhir di Serdang, Selangor pada 28 Mac ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JOM MASUK IPT: Tengku Hassanal (depan, empat kanan) berkenan bersama robot yang memegang poster Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ketika merasmikan program itu di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan semalam. Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (depan, dua kiri) dan Naib Canselor UMP Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff (depan, lima kiri).
— Gambar Bernama JOM MASUK IPT: Tengku Hassanal (depan, empat kanan) berkenan bersama robot yang memegang poster Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ketika merasmikan program itu di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan semalam. Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (depan, dua kiri) dan Naib Canselor UMP Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff (depan, lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia