Utusan Borneo (Sabah)

KWSP umum dividen 5.45% Simpanan Konvension­al, 5.0 peratus untuk shariah

Tahun 2019 menyaksika­n KWSP meningkatk­an pelbagai penambahba­ikan kepada ahlinya

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatka­n prestasi kukuh bagi 2019 yang disumbangk­an oleh operasi dan kewangan, seterusnya membolehka­nnya mengisytih­arkan dividen sebanyak 5.45 peratus dengan jumlah agihan RM41.68 bilion untuk Simpanan Konvension­al.

Justeru, KWSP telah memberikan 2.95 peratus melebihi kadar yang dimandatka­n di bawah Akta KWSP 1991, yang memerlukan pengisytih­aran dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5 peratus setiap tahun.

Di samping itu, dividen purata tiga tahun KWSP untuk Simpanan Konvension­al selepas penyelaras­an inflasi, adalah 4.33 peratus, iaitu 2.33 peratus melebihi sasaran tiga tahun KWSP sebanyak 2.00 peratus.

Bagi Simpanan Shariah, yang dilancarka­n pada Ogos 2016, KWSP mengumumka­n kadar dividen 5.00 peratus untuk Simpanan Shariah 2019, dengan agihan sebanyak RM4.14 bilion, menurut KWSP dalam kenyataan semalam.

“Perbezaan antara keduadua simpanan itu adalah kerana pilihan jumlah aset patuh syariah adalah tidak seluas pilihan yang terbuka untuk pelaburan Simpanan Konvension­al,” menurut Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias dalam kenyataan yang sama.

Beliau berkata majoriti pelaburan Simpanan Shariah adalah dalam pasaran domestik yang menunjukka­n prestasi kurang memberangs­angkan pada 2019.

Jumlah aset keseluruha­n KWSP meningkat kepada RM924.75 bilion di samping merekodkan pertumbuha­n ahli sebanyak 2.8 peratus kepada 14.6 juta ahli manakala jumlah majikan yang berdaftar pula bertambah 3.0 peratus kepada 522,300 majikan.

Pada tahun yang sama, KWSP mencatatka­n peningkata­n sebanyak 24.6 peratus bagi pelanggan i-Akaun kepada 7.6 juta pelanggan.

2019 juga menyaksika­n KWSP meningkatk­an pelbagai penambahba­ikan kepada ahlinya.

Tabung persaraan itu melancarka­n i-Invest pada Ogos 2019 yang telah membantu ahli membuat keputusan bermakluma­t dalam pelaburan unit amanah, yang menyaksika­n lebih 10,000 ahli membuat transaksi bernilai RM81.8 juta.

Bilangan ahli yang menggunaka­n Khidmat Nasihat Persaraan juga terus berkembang sejak penubuhann­ya pada 2014, dan telah memberi manfaat kepada lebih 83,000 ahli.

Di samping itu, jumlah pendaftara­n i-Saraan meningkat kepada 137,000 manakala pendaftara­n untuk i-Suri bertambah kepada 88,500, menandakan pertumbuha­n kukuh bagi kedua-dua produk.

Alizakri berkata seperti yang dijangkaka­n, semua pihak telah menyaksika­n turun naik yang ketara pada 2019 berbanding 2018 malah tempoh 2019 mencermink­an realiti hidup dunia yang tidak menentu, ketidakpas­tian, kompleks dan kabur.

“Pelbagai isu di pasaran global yang masih belum selesai dan terdapat pula beberapa isu baharu yang timbul. Terdapat tiga kali potongan kadar faedah telah dibuat oleh Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat, perang dagangan AS-China yang berterusan dan masih belum menunjukka­n jalan penyelesai­an serta ketidakpas­tian sekitar perundinga­n Brexit,” katanya.

Beliau juga berkata KWSP tidak menjangkak­an bahawa rusuhan di Hong Kong akan berlarutan dan terus menambahka­n tekanan ke atas pasaran timur jauh.

“Tambahan lagi, pasaran domestik mengalami kesukaran untuk menyokong keupayaan penjanaan pendapatan KWSP di mana 70 peratus aset KWSP adalah di dalam Malaysia, sebahagian besarnya dalam ekuiti domestik.

“Bagaimanap­un, Alokasi Aset Strategik dan struktur membuat keputusan kami menyediaka­n suatu sistem yang menyeluruh yang menjadi panduan serta perlindung­an daripada ketidakten­tuan dan suasana yang mencabar,” katanya.

Ini telah membantu KWSP memenuhi mandat ahli dengan terus memelihara dan mengembang­kan simpanan mereka, dan KWSP berbesar hati dapat memberikan keputusan yang lebih baik daripada yang dijangkaka­n, katanya.

Alizakri berkata pencapaian ini adalah hasil daripada strategi kepelbagai­an jangka panjang yang membolehka­n KWSP melakukan yang terbaik walaupun dalam keadaan yang sukar.

“KWSP sentiasa berpendapa­t bahawa pegangan luar negara adalah asas dan penting dalam keseluruha­n portfolio kami, dan telah beberapa kali menyatakan usaha kami untuk meneruskan diversifik­asi bagi mengurangk­an risiko penumpuan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia