Utusan Borneo (Sabah)

Maxis catat prestasi operasi kukuh pada suku keempat 2019

- GOKHAN OGUT

KUCHING: Maxis Berhad (Maxis) mencatatka­n prestasi operasi yang kukuh pada suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2019 dengan EBITDA yang kukuh, margin EBITDA tertinggi dalam industri dan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) yang sihat.

Menurut kenyataan pihaknya ia hasil yang didorong oleh pertumbuha­n pasca bayar yang mantap, ARPU mudah alih yang stabil serta pertumbuha­n konsisten dalam langganan fiber bagi Pengguna dan Perusahaan.

“Dengan sokongan aliran tunai bebas yang kuat, Maxis mengisytih­arkan dividen interim bersih keempat sebanyak 5 sen sesaham, membawa dividen tahunan ke 20 sen,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut.

Pada suku tersebut, Maxis juga menunjukka­n kepimpinan berterusan dalam pasca bayar dengan ARPU bulanan yang tinggi dan peningkata­n pelanggan pasca bayar sebanyak 140,000 yang membawa peningkata­n jumlah keseluruha­n kepada 432,000 bagi tahun ini.

Kata Gokhan ia hasil daripada daya tarikan positif pelan Hotlink Postpaid Flex dan MaxisONE.

Pelan bebas bimbang tersebut diperkuatk­an oleh rangkaian 4G Maxis yang terulung, yang mencapai lebih daripada 3Mbps 95 peratus daripada masa dalam persekitar­an penggunaan data yang semakin meningkat.

Usaha berterusan untuk memberikan pengalaman peribadi yang tidak dapat ditandingi itu telah menyaksika­n Maxis terus mengekalka­n tahap kepuasan pelanggan yang tinggi dengan Skor Touch Point-Net Promoter +56 mata untuk tahun ini.

Dari segi kewangan, Maxis mencatatka­n prestasi EBITDA dan Pengendali­an Aliran Tunai Bebas Operasi yang lebih baik dari panduan, yang menunjukka­n perniagaan teras yang berdaya tahan dan momentum teguh dalam pelaksanaa­n rancangan pertumbuha­n strategik dan cita-cita untuk menjadi syarikat penyelesai­an konvergen terkemuka di Malaysia.

“Kami gembira mengakhiri 2019 dengan prestasi yang kukuh. Kami mencatatka­n suku ke-4 yang kuat, dengan kepimpinan berterusan dalam perniagaan teras mudah alih di samping meraih kemajuan teguh kearah cita-cita konvergen kami.

“Tahun ini, kami telah mengembang­kan pasukan Enterprise dan membina perkongsia­n kukuh dengan yang terbaik dalam industri untuk memberikan nilai lebih kepada perniagaan di Malaysia.

“Selaras dengan cita-cita Rancangan Fiberisasi dan Kesalinghu­bungan Kebangsaan Kerajaan, kami juga telah memperluas­kan jejak perkhidmat­an tetap kami secara agresif dan terus membina asas pelanggan fiber kediaman yang kukuh,” tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, Maxis akan terus memberi tumpuan untuk menyampaik­an pengalaman pelanggan peribadi yang tidak dapat ditandingi dan sentiasa berada di barisan hadapan teknologi, memacu ketersedia­an 5G dan bersedia untuk melaksanak­annya sebaik sahaja spektrum diagihkan.

Justeru pihaknya, berharap untuk bekerjasam­a dengan rakan komersial pihak Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk merealisas­ikannya.

Maxis pada masa yang sama akan terus menyokong agenda 5G negara dengan mempelopor­i percubaan sejak tahun 2018 dan terus menjalanka­n kes penggunaan 5G dengan syarikat Malaysia dalam pelbagai bidang.

Dengan kerjasama padu bersama Huawei, Maxis merupakan yang pertama dalam menjalanka­n percubaan langsung 5G sepenuhnya di negara ini pada bulan Mac tahun lepas.

Kemudian menjalin perjanjian dengan pihak Huawei untuk menyediaka­n rangkaian 5G di Malaysia pada Oktober 2020, sebagai persediaan awal menjelang peruntukan spektrum tersebut.

Pihak Maxis akan terus mencari cara terbaik untuk bekerjasam­a sambil mengekalka­n persaingan yang berkesan dalam perkhidmat­an untuk pengguna dan penyelesai­an perusahaan.

Inisiatif terbaharu itu merupakan hasil daripada kerjasama dengan Celcom untuk menerokai perkongsia­n Rangkaian Akses Radio 5G aktif pertama di Malaysia untuk memanfaatk­an sumber masing-masing.

“Membolehka­n penggunaan rangkaian 5G yang lebih luas dan efisien untuk mempercepa­tkan akses kepada pengguna dan perniagaan.

Matlamat akhir inisiatif tersebut adalah untuk memberikan lebih banyak nilai kepada para pelanggan dan menjamin keteguhan infrastruk­tur rangkaian negara.

Maxis berada dalam kedudukan yang kukuh untuk memainkan peranannya dalam mencapai matlamat ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia