Utusan Borneo (Sabah)

SFAA sedang perbaharui sistem penghantar­an eelektroni­k untuk mudahkan kelulusan pelabuhan

-

KUCHING: Persatuan Agensi-agensi Penghantar­an Sarawak (SFAA) sedang memperbaha­rui sistem penghantar­an menggunaka­n eelektroni­k untuk memudahkan kelulusan penghantar­an barangan di empat pelabuhan utamanya di sini.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Presiden SFAA, Joseph Chung ketika ditemui pemberita semalam sambil menambah bahawa ianya hasil usaha pihaknya untuk melihat pertumbuha­n positif di dalam sektor tersebut.

“Sejak SFAA ditubuhkan 14 tahun yang lalu, kami mencatatka­n pertumbuha­n yang sangat sedikit kerana jumlah perdaganga­n yang masuk juga amat sikit,” katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Keahlian Baru di sini semalam.

Ujar beliau, apa yang paling menarik kini adalah kerajaan negeri kini sedang mempromosi­kan e-elektronik dan setiap agensi yang saling berhubung kait dengan sektor itu juga turut menyahut seruan yang sama.

Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga menggunaka­n perkhidmat­an atas talian yang tidak memerlukan banyak sumber manusia, tambahnya.

Justeru, SFAA sedang memperkena­lkan Kelulusan Masuk Elektronik Kastam dan tidak lama lagi akan memperkena­lkan U-Kastam yang juga merupakan aplikasi e-elektronik untuk barangan dengan pihak KASTAM.

Perkaar itu akan dilaksanak­an dengan rakan kongsi daripada pihak berkuasa pelabuhan, operator perkhidmat­an, tegas beliau lagi.

“Ia merupakan penggunaan yang tidak memerlukan kelulusan dibuat di pelabuhan tetapi boleh dibuat di mana-mana tempat asalkan anda mempunyai perhubunga­n terhadap pautanitum­akabaranga­ndapat dilulus keluar.

“Dengan ID yang telah diberikan, promosi dan mempermuda­hkan dagangan barangan diluluskan dengan cepat dan menerusiny­a akan menunjukka­n pertumbuha­n semula,” jelas Joseph.

SFAA setakat ini, mempunyai keahlian seramai 128 orang termasuk cawangan pelabuhan utamanya yang lain di Sibu, Bintulu dan

Miri.

Bagaimanap­un, beliau berharap terdapat pertambaha­n ahli dari kalangan pengangkut, ejen dan logistik.

Pihak SFAA juga sedang sibuk melatih para pelatih dan ejen penghantar dalam industri menerusi latihan ENT dengan kerjasama pihak JKDM, UUM dan HRDF yang memperuntu­kkan geran sebanyak RM5,000 bagi tujuan tersebut.

Justeru , beliau berharap kerajaan negeri akan mengiktira­f SFAA menerusi latihan tersebut dan jawatankua­sa SFAA juga akan mengalami transforma­si baharu dengan kepimpinan daripada ahli yang lebih muda.

Joseph sudah menerajui kepimpinan SFAA selama 10 tahun.

 ??  ?? TAHNIAH: Joseph (belakang, lima kiri) bergambar kenangan bersama lima ahli baharu yang menerima sijil masing-masing semalam dan ahli jawatankua­sa SFAA lainnya di Kuching.
TAHNIAH: Joseph (belakang, lima kiri) bergambar kenangan bersama lima ahli baharu yang menerima sijil masing-masing semalam dan ahli jawatankua­sa SFAA lainnya di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia