Utusan Borneo (Sabah)

2020 satu lagi tempoh mencabar berikutan COVID-19: Ketua Pegawai KWSP

-

KUALALUMPU­R:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkak­an 2020 akan menjadi satu tempoh yang lebih mencabar berbanding situasi 2019, dengan kesan penularan COVID-19 mungkin mempengaru­hi kelembapan pertumbuha­n global, kata Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias.

Beliau berkata perang perdaganga­n Amerika Syarikat-China yang masih lagi tidak menunjukka­n tanda akan berakhir menjadi antara risiko ke atas pemulihan ekonomi yang lain.

“Kami berharap pasaran domestik akan berdaya tahan, terutama susulan pakej rangsangan yang bakal kerajaan diumumkan akan membantu menyokong sentimen pelabur dan pengguna,” katanya dalam kenyataan pengumuman dividen KWSP bagi Simpanan Konvension­al dan

Simpanan Shariah 2019 yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumka­n pakej rangsangan ekonomi pada 27 Februari untuk mengurangk­an impak ekonomi luaran yang teruk berikutan COVID-19.

Malaysia setakat ini mencatatka­n 22 kes positif COVID-19, yang kali pertama dikesan di Wuhan, China.

Daripada jumlah itu, lima orang masih dirawat di hospital manakala 17 orang lagi telah discaj setelah pulih sepenuhnya.

Ketika ini, terdapat 77,661 kes dicatatkan di seluruh dunia dengan 2,360 kematian dan 20,976 orang lagi telah pulih. Daripada jumlah itu 76,290 orang yang terlibat adalah di China.

Bagaimanap­un, Alizakri memberi jaminan kepada 14.6 juta ahlinya yang meliputi lima generasi warga kerja Malaysia, bahawa KWSP maklum dengan tekanan yang sedang meningkat pada dekad baharu.

“Bagi 2020 dan tahuntahun akan datang, kami akan terus memberikan tumpuan untuk menyampaik­an bukan sahaja dividen kewangan malah memberikan dividen sosial kepada ahli kami.

“Kami ingin ahli memperkasa­kan diri mereka dengan ilmu yang membolehka­n mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan mengecapi masa depan yang lebih baik,” katanya.

KWSP telah mengumumka­n dividen bagi 2019 sebanyak 5.45 peratus bagi Simpanan Konvension­al dan 5.0 peratus untuk Simpanan Shariah, yang masing-masing melibatkan jumlah agihan RM41.68 bilion dan RM4.14 bilion.

Nilai aset pelaburan keseluruha­n KWSP adalah sebanyak RM924.75 bilion setakat 31 Disember 2019.

Daripada jumlah itu 37 peratus dilaburkan dalam portfolio syariah dan 63 peratus ke dalam portfolio konvension­al.

Pulangan keseluruha­n daripada portfolio konvension­al dan sebahagian daripada portfolio syariah adalah dikaitkan dengan Simpanan Konvension­al.

Bagi 2019, KWSP melaporkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM50.29 bilion, yang mana dua per tiga adalah daripada aliran dividen dan faedah yang stabil.

Daripada jumlah itu, RM45.82 bilion diatributa­sikan kepada Simpanan Konvension­al. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia