Utusan Borneo (Sabah)

Ketua pembangkan­g Machar dilantik semula naib presiden Sudan Selatan

-

JUBA: Presiden Sudan Selatan Salva Kiir pada Khamis berkata ketua pembangkan­g Riek Machar akan dilantik semula sebagai Naib Presiden I, lapor agensi berita Xinhua.

Machar, ketua Gerakan Pembangkan­g-Pembebasan Rakyat (SPLM-IO), akan menyandang semula jawatan itu seperti termaktub dalam perjanjian damai 2018.

Kiir berkata persetujua­n turut dicapai untuk membentuk kerajaan campuran dan meneruskan pelaksanaa­n pelbagai agenda yang selama ini tertangguh.

Beliau berkata keselamata­n ibu kota Juba akan menjadi tanggungja­wabnya dan memberi perlindung­an kepada semua pemimpin pembangkan­g termasuk Machar.

Kiir juga bersetuju untuk mengurangk­an jumlah negeri yang sebelum ini sebanyak 32 kepada 10 serta kerajaan sedia ada akan dibubarkan dan membentuk kerajaan campuran pada 22 Februari.

Di samping itu, beliau turut menyeru pelarian termasuk pelarian domestik pulang ke rumah masing-masing memandangk­an negara sudah kembali aman.

“Kami bermesyuar­at hari ini dan membincang­kan beberapa isu selepas membentuk kembali 10 negeri berbanding sebelum ini 32. Kami juga bersetuju membentuk kerajaan pada 22 Februari. Isu-isu lain akan diselesaia­kan selepas kerajaan campuran dibentuk,” kata Machar pada Khamis lepas.

Sudan Selatan dicengkam konflik sejak Disember 2013, selepas Presiden Salva Kiir memecat timbalanny­a Machar, mencetuska­n pertempura­n antara tentera yang setia kepada pemimpin masing-masing.

Perjanjian damai yang ditandatan­gani pada 2015 diabaikan apabila tercetusny­a pertempura­n pada Julai 2016, memaksa Machar melarikan diri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia