Utusan Borneo (Sabah)

Penyanyi rap London Dave menang besar di Anugerah Brit

-

PENYANYI rap dari London, Dave, memenangi anugerah utama di Majlis Anugerah Brit yang didominasi lelaki baru-baru ini setelah dia menyampaik­an persembaha­n yang penuh politik pada malam terbesar bagi dunia pop British.

Persiapan bagi majlis anugerah tahunan itu dibayangi kritikan mengenai kekurangan calon wanita dalam kategori jantina campuran, dengan hanya empat orang wanita sahaja dinamakan dalam 25 tempat – semuanya tewas kepada lelaki.

Dave, yang berusia 21 tahun, membawa pulang anugerah album terbaik untuk sajian pertamanya

‘Psychodram­a’, yang memberi tumpuan kepada identiti hitam dan rasisme keinstitus­ian, dan menduduki tempat teratas carta muzik di negara itu pada tahun lepas.

Dia menerima tepukan gemuruh di 02 Arena, London, bagi persembaha­nnya untuk lagu yang menonjol dalam album itu, ‘Black’, di mana dia menambah satu rangkap baharu yang menuduh Perdana Menteri Boris Johnson sebagai “rasis sebenar” dan mengecam layanan media terhadap isteri Puteri Harry, Meghan Markle.

Seteru Dave dalam pencalonan, pendatang ‘indie’ baharu Lewis Capaldi, menewaskan­nya untuk memenangi anugerah bagi artis baharu terbaik dan lagu terbaik untuk ‘Someone

You Loved’.

Capaldi yang dilahirkan di Glasgow sedang terbang tinggi selepas album sulungnya ‘Divinely Uninspired To A Hellish Extent’, menjadi album paling laris di Britain pada 2019.

Tetapi Capaldi dan Dave gagal untuk memenangi anugerah lelaki British terbaik yang dibawa pulang oleh artis ‘grime’ utama, Stormzy, yang membuat persembaha­n meletup melibatkan hujan, mercun dan lebih 50 orang di atas pentas.

Ketika dia menerima anugerahny­a, dia memberi penghormat­an kepada wanita yang bekerja bersamanya.

“Untuk menjadi lelaki terbaik, saya mempunyai wanita-wanita paling menakjubka­n dalam pasukan saya,” katanya.

- BILLIE EILISH ADA LESEN UNTUK MENGUJAKAN -

Pemenang lain termasuk remaja sensasi, Billie Eilish, yang memenangi anugerah artis solo wanita antarabang­sa terbaik dan mempersemb­ahkan lagu runut bunyi James Bond baharu di majlis itu.

Artis berusia 18 tahun itu telah menentang Lizzo, Ariana Grande, Camila Cabello dan Lana del Rey.

“Saya rasa sangat dibenci kebelakang­an ini,” katanya kepada hadirin, selepas memberitah­u dia tidak lagi membaca komen dalam media sosial.

“Ketika saya berada di atas pentas dan saya melihat anda semua senyum kepada saya, ia benar-benar membuatkan saya mahu menangis dan saya mahu menangis sekarang.”

‘No Time To Die’ sudah mengumpul hampir 26 juta tontonan dalam salurannya di YouTube, untuk menutup tempoh beberapa minggu yang menakjubka­n bagi penyanyi itu yang merupakan artis paling muda untuk merekodkan sebuah lagu Bond.

Anugerah Brit sudah mengiktira­f golongan terbaik dalam dunia muzik British sejak ia pertama kali diadakan pada 1977, tetapi selalunya penuh dengan skandal dan sandiwara.

Senarai pendek lelaki yang tidak seimbang berlaku walaupun akademi undian Anugerah Brit menjalani perubahan besar-besaran pada 2017 untuk menjadikan­nya lebih pelbagai dan seimbang dari segi jantina, dengan ratusan ahli baharu yang menyertai kumpulan untuk memilih calon.

Tetapi sementara wanita tidak diwakili secukupnya di majlis anugerah itu, artis kulit hitam mendominas­i pencalonan dalam kategori-kategori ‘album terbaik’ dan ‘lelaki terbaik’.

Artis British menyumbang kepada seperlapan jualan album di seluruh dunia, menurut perangkaan dari BPI, yang mewakili industri muzik British. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MENANG BESAR: Dave ketika mengambil anugerah Album Terbaik untuk ‘Psychodram­a’ semasa Anugerah BRIT 2020 yang diadakan di London pada 18 Februari lepas.
— Gambar AFP MENANG BESAR: Dave ketika mengambil anugerah Album Terbaik untuk ‘Psychodram­a’ semasa Anugerah BRIT 2020 yang diadakan di London pada 18 Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia