Utusan Borneo (Sabah)

Drama ‘Boss..Mama Kirim Salam’ taruhan terbaru TV AlHijrah

-

BUAT julung kalinya TV AlHijrah memecah tradisi penyiaran dunia Islam apabila stesen berkonsepk­an gaya hidup Islam ini berjaya menerbitka­n sendiri sebuah drama yang memberi penekanan kepada susun atur plot, tatacara serta adab pembikinan drama yang bersesuaia­n dengan imej TV Islam.

Drama berjudul ‘Boss… Mama Kirim Salam’ telah memulakan siarannya 6 Februari 2020 yang lalu.

Drama istimewa ini akan meneruskan tayangan pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 6.30 petang selama 36 episod siaran. Maraton episod lepas drama ini boleh disaksikan pada setiap Ahad jam 5 petang.

Drama ‘Boss... Mama Kirim Salam’ adalah hasil arahan sutradara berpengala­man yang juga merupakan kakitangan TV AlHijrah iaitu Wan Hussin Wan Ismail (FDAM) serta mendapat suntikan Raja Azidah Raja Jaafar selaku penulis skrip.

Berlatarbe­lakangkan penceritaa­n serta karektar di balik tabir stesen TV Islam, TV AlHijrah bereksperi­mentasi dengan drama terbitan dalaman yang mendidik, memberi tauladan serta patuh syariah tanpa mengetepik­an faktor budaya popular drama masa kini.

Drama ini menganding­kan pelakonpel­akon hebat tanah air iaitu Qazem Nor dan Siti Fazurina Mohd Famir sambil dibantu oleh pelakon baru yang sedang menempa nama di dalam industri iaitu Carolina Binur dan Zee Khan Hussein. Tambah istimewa, hampir 90 peratus kakitangan TV

AlHijrah turut diberi peluang untuk samasama menjayakan naskah ini selaku pelakon pembantu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, drama Boss…Mama Kirim Salam ini sangat unik.

“Selain merupakan drama pertama di Malaysia yang berkisar tentang dunia penyiaran Islam, drama ini juga menggunaka­n seratus peratus tenaga kepakaran warga kerja TV AlHijrah iaitu bermula dari pengarah sehinggala­h kepada pengurus produksi, jurukamera, tenaga pasca penerbitan jurusolek, penata cahaya, penata bunyi dan lainlain,” kata beliau.

Drama ‘Boss.. Mama Kirim Salam’ mengisahka­n tentang Azra, seorang gadis lepasan ijazah Sarjana Muda Komunikasi yang menyumbang bakti dalam bidang penyiaran di TV AlHijrah.

Banyak halangan dan rintangan yang dihadapi oleh Azra di dalam dunia pekerjaan namun begitu, sedikit pun tidak mematahkan semangat beliau untuk mencapai cita-cita yang diimpikan iaitu bergelar penerbit rancangan yang terkenal.

Encik Baihaqi yang bertindak selaku penyelia Azra merupakan antara insan penting yang sering membantu Azra mencapai cita-citanya.

Dalam diam, perwatakka­n Encik Baihaqi telah menarik perhatian Azra. Walaupun bergelar duda anak satu namun, paras rupa yang dikurniaka­n tidak menampakka­n usia sebenar.

Pada masa yang sama, ibu Azra iaitu Puan Kayla, seorang ibu tunggal merupakan seorang klien tetap di TV AlHijrah yang sering menggunaka­n platform promosi stesen itu bagi memasarkan dan mempromosi­kan produk kecantikan­nya.

Kerana acap kali bertemu dengan Encik Baihaqi di TV AlHijrah, bibit-bibit kasih sayang timbul namun Puan

Kayla tidak mempunyai kekuatan untuk menyatakan rasa cintanya kepada Encik Baihaqi kerana bagi dirinya, apa yang penting adalah melihat kebahagiaa­n Azra.

Konflik timbul apabila Laila, rakan sekerja Azra juga memendam perasaan terhadap Encik Baihaqi namun cintanya tidak berbalas. Sakit hati dengan penolakan Encik Baihaqi, Laila bertindak nekad dengan menyebarka­n cerita yang tidak sahih kepada kakitangan syarikat.

Siapakah wanita yang akhirnya menjadi suri hati Encik Baihaqi? Mampukah Puan Kayla berkorban hati dan perasaanny­a demi kebahagian anak kesayangan­nya Azra?

Jadi jangan lupa sakskikan kesudahan drama ‘Boss.. Mama Kirim Salam’, setiap Khamis dan Jumaat, jam 6.30 petang hanya di TV AlHijrah.

Untuk mendapatka­n maklumat terkini serta menikmati rancangan dan perkembang­an semasa dunia dan tanah air, jangan lupa untuk ‘Like’ dan ‘Follow’ laman sosial Facebook TV AlHijrah dan Instagram TV AlHijrah.

 ??  ?? WATAK UTAMA: Qazem Nor (kanan) dan Siti Fazurina Mohd Famir sebagai watak utama dalam drama ‘Boss...Mama Kirim Salam’ yang kini disiarkan di TV AlHijrah.
WATAK UTAMA: Qazem Nor (kanan) dan Siti Fazurina Mohd Famir sebagai watak utama dalam drama ‘Boss...Mama Kirim Salam’ yang kini disiarkan di TV AlHijrah.
 ??  ?? TURUT BERLAKON: Carolina Binur sebagai Azra.
TURUT BERLAKON: Carolina Binur sebagai Azra.
 ??  ?? Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia