Utusan Borneo (Sabah)

NGO buat laporan polis ugutan bunuh terhadap Mujahid

Pautan kepada laman media sosial itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan: Presiden GMPN

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) semalam membuat laporan polis terhadap lima individu yang memuat naik komen berunsur fitnah, ugutan dan ancaman bunuh terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Presiden GMPN Razali Zakaria berkata antara individu yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Muhammad Naim, yang memuat naik ayat berbaur ugutan bunuh berbunyi ‘Mujahid ini patut dibunuh memang manusia terbangsat di dunia’ di akaun Face

“Mereka telah memuat naik status dan komen yang berunsur mengancam keselamata­n dan menghasut orang lain bertindak melakukan perbuatan yang ” sama di laman sosial masing-masing.

Razali Zakaria Presiden GMPN

booknya baru-baru ini.

Turut dinamakan dalam laporan itu ialah Mohd Elham, Asfanizam Bin Abdullah, Hanif Junit dan Abu Rafiq.

“Mereka telah memuat naik status dan komen yang berunsur mengancam keselamata­n dan menghasut orang lain bertindak melakukan perbuatan yang sama di laman sosial masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pagi semalam.

Beliau berkata pautan kepada laman media sosial itu juga telah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superinten­den Naazron Abdul Yusof yang dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut.

Naazron berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut serta Seksyen 233 Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarka­n berita palsu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia