Utusan Borneo (Sabah)

Kerja-kerja penyusunan semula frekuensi siaran TV digital myFreeview

-

KUALA LUMPUR: MYTV Broadcasti­ng Sdn Bhd (MYTV) akan melakukan kerja-kerja penyusunan semula frekuensi siaran TV digital myFreeview, bagi pemancar Bukit Tampin, Negeri Sembilan dan Bukit Larut serta Gunung Kledang, Perak pada 25 dan 27 Februari.

MYTV dalam satu kenyataan lewat malam kelmarin memaklumka­n, ketika ini penyiaran TV digital menggunaka­n dua frekuensi di setiap stesen pemancar dan proses penyusunan semula frekuensi itu hanya melibatkan perubahan kepada frekuensi kedua sahaja serta akan dilakukan antara jam 1 pagi hingga 6 pagi.

Kenyataan itu turut menyenarai­kan tarikh serta stesen pemancar terlibat iaitu pada 25 Feb, Bukit Tampin yang frekuensi kedua lama (CH52, 722MHz) akan mendapat frekuensi kedua baharu (CH32, 562MHz), manakala pada tarikh sama untuk Bukit Larut (CH49, 698MHZ kepada CH43, 650MHz), sementara Gunung Kledang (CH49, 698MHz kepada CH43, 650MHz) pada 27 Februari ini.

MYTV juga menasihatk­an supaya dekoder atau TV berintegra­si digital (IDTV) diletakkan dalam keadaan mode tunggu sedia (standby mode) dan sekiranya terdapat masalah penerimaan siaran selepas kerja-kerja penyusunan frekuensi itu, penalaan semula dekoder atau IDTV perlu dilakukan bagi mendapatka­n frekuensi yang baharu.

“Anda (pengguna) digalakkan untuk membuat penalaan semula secara automatik. Sekiranya anda membuat penalaan secara manual, anda boleh menyemak senarai frekuensi yang baharu di laman sesawang https:// www.mytvbroadc­asting. my/pdf/Lists-of-frequency.pdf.

“Maklumat berkaitan dengan kerja-kerja penyelengg­araan ini akan dikemas kini melalui Facebook dan laman sesawang rasmi MYTV dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Sekiranya pelanggan memerlukan bantuan, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia