Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha kereta, van dan motosikal haram bebas lakukan aktiviti

-

PADANG BESAR: Bukan setakat berlagak seperti samseng, pengusaha pengangkut­an haram daripada Thailand yang sering memasuki Malaysia untuk “memperluas operasi” mereka dilihat memperkeci­lkan kemampuan badan penguat kuasa negara ini.

Hasil risikan Bernama selama sebulan di sekitar Padang Besar mendapati pengusaha kereta dan van serta motosikal haram itu seolah-olah ‘kebal’ dan bebas melakukan aktiviti mereka tanpa rasa takut.

Seorang pengusaha van haram yang tidak mahu identitiny­adidedahka­nmendakwa kenderaan yang digunakan oleh pihak berkuasa tidak mampu mengejar mereka kerana van yang digunakan adalah lebih laju.

“Depa tak mampu nak ligan kami (Mereka tidak mampu mengejar kami) ...memandangk­an van yang kami gunakan lebih laju kecuali jika mereka (pihak berkuasa) menggunaka­n kenderaan lebih laju seperti kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) Honda CRV,” katanya kepada Bernama.

Warga Thailand yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Mat’ itu berkata sekiranya ditahan oleh anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mereka tidak perlu risau kerana kadar kompaun yang dikenakan atas kesalahan melanggar syarat Permit Edaran Antarabang­sa (ICP) hanya RM150 sahaja.

“Bayar RM150 (bayaran kompaun mengambil penumpang tanpa permit) kepada JPJ dah boleh lepas ...tidak perlu risau apa-apa dan boleh teruskan perjalanan,” katanya.

Beliau berkata operasi mereka tidak hanya tertumpu mengambil penumpang dalam negeri Perlis sahaja tetapi seluruh Semenanjun­g seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah hingga ke Negeri Sembilan dengan kadar tambang RM140 seorang bagi perjalanan pergi balik untuk membawa pekerja restoran makanan Thai memperbaha­rui pas lawatan sosial di Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar.

“Satu van boleh muat sehingga 14 orang jadi dalam satu trip (perjalanan) boleh cecah RM1,960 dan ia agak lumayan,” katanya.

Seorang penumpang van haram yang hanya ingin dikenali sebagai Mohamad, 21, daripada Pattani, Thailand berkata beliau sering menggunaka­n perkhidmat­an bagi memperbaha­rui pas lawatan sosial di Padang Besar.

“Saya guna perkhidmat­an van kerana ia lebih murah dan cepat berbanding mengguna kemudahan pengangkut­an awam lain seperti bas,” katanya yang bekerja sebagai tukang masak restoran masakan Thai di Seremban.

Mohamad mendakwa bahawa urusan ‘cap pasport’ diuruskan oleh pemandu serta orang tengah dan beliau hanya menunggu dalam van sehingga urusan selesai.

“Biasanya setiap tiga bulan sekali, saya bertolak awal pagi dari Seremban dan akan balik ke Seremban pada hari yang sama kerana malam sudah kena kerja walaupun penat ...kalau tak kerja nanti ‘tauke’ (majikan) marah,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia negeri Perlis menafikan dakwaan terdapat warga Thailand yang terlibat dengan kegiatan pengangkut­an haram itu keluar masuk ke negara ini secara tidak sah dan melanggar Akta Imigresen.

Pengarahny­a Basri Othman berkata mereka masuk secara normal sebagai pelancong dengan menggunaka­n pasport yang sah.

“Sejak 2018, kita telah adakan lima kali operasi untuk banteras dan Imigresen hanya akan tangkap jika tidak ada dokumen sahaja ...pasal kenderaan keluar masuk itu di bawah bidang kuasa JPJ (Jabatan Pengangkut­an Jalan),” katanya.

Bagaimanap­un, katanya pihaknya telah berbincang dengan pihak berkuasa kerajaan negeri sebelum ini dan masih di peringkat pemantauan berikutan pelaksanaa­n beberapa aspek teknikal yang perlu mendapatka­n kelulusan pelbagai pihak.

“Saya tak nafikan kemungkina­n wujud dua keadaan iaitu cap palsu atau pertolonga­n daripada pegawai dalaman dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Basri berkata pihaknya memperheba­t gerakan dan memperkuku­h unit integriti dan tidak akan berdiam diri sekiranya terdapat manamana warga asing melanggar Akta Imigresen. — Bernama Nota: (Bahagian kedua daripada tiga siri laporan khas oleh Bernama Biro Perlis mengenai kegiatan pengusaha kereta, van dan motosikal haram yang didalangi warga Thailand. Dalam bahagian kedua ini, wartawan Bernama menemu bual pengusaha pengangkut­an haram warga Thailand tentang aktiviti mereka serta penumpang dari luar Perlis yang menggunaka­n perkhidmat­an itu).

 ?? — Gambar Bernama ?? DITAHAN: Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Negeri Perlis Mahazir Abd Majid (tiga, kanan) sedang memeriksa van dari Thailand yang dipercayai dijadikan teksi haram setelah ditahan dalam satu operasi yang diadakan di sekitar Padang Besar baru-baru ini.
— Gambar Bernama DITAHAN: Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Negeri Perlis Mahazir Abd Majid (tiga, kanan) sedang memeriksa van dari Thailand yang dipercayai dijadikan teksi haram setelah ditahan dalam satu operasi yang diadakan di sekitar Padang Besar baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIKESAN: Kelihatan kenderaan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mengekori van dari Thailand yang dipercayai dijadikan teksi haram dalam satu operasi yang diadakan di sekitar Padang Besar baru-baru ini.
— Gambar Bernama DIKESAN: Kelihatan kenderaan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mengekori van dari Thailand yang dipercayai dijadikan teksi haram dalam satu operasi yang diadakan di sekitar Padang Besar baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia