Utusan Borneo (Sabah)

Tiada tarikh ditetapkan untuk peralihan kuasa: PM

Keputusan sebulat suara mesyuarat berkenaan adalah PM akan tentukan bila masanya untuk mengundur diri

-

PUTRAJAYA: Tiada tarikh ditetapkan bagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahka­n jawatan Perdana Menteri kepada penggantin­ya.

Dr Mahathir berkata mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam kelmarin memutuskan bahawa beliau akan memutuskan bila masanya untuk beliau mengundur diri.

“Saya kata peralihan lepas APEC (Asia-Pacific Economic Cooperatio­n). Tidak masa (ditetapkan)…tidak ada tarikh… tiada apa-apa. Terpulang kepada saya tentukan masa. Keputusan kepada saya, bila akan letak jawatan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr Mahathir berkata ia adalah keputusan sebulat suara mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat yang dipengerus­ikan oleh Dr Mahathir selaku Pengerusi PH berlangsun­g selama tiga jam dihadiri pemimpin-pemimpin PH termasuk Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR Datuk Seri Anwar

Ibrahim, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha

Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.

Ditanya sama ada mesyuarat itu juga bersetuju supaya Anwar menjadi perdana menteri kelapan, Dr Mahathir berkata: “Perkara itu tidak timbul. Jawatan itu terserah kepada saya untuk membuat keputusan selepas APEC.”

Anwar yang duduk sebelah Dr Mahathir semasa sidang media itu berkata: “Saya sendiri cadang supaya Tun Dr Mahathir diberikan ruang mentadbir dan kemudian bila (masa peralihan kuasa)… dia tetapkan masa yang sesuai, itu barulah (berlaku), dan sementara itu saya kenalah sabar.”

“Pendirian kita jelas, tidak ada keraguan, komitmen kita untuk memastikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dapat menjalanka­n tugas dengan dokongan yang penuh. Ini tidak dipersoal,” kata Anwar.

“Saya kata peralihan lepas APEC (AsiaPacifi­c Economic Cooperatio­n). Tidak masa (ditetapkan)…tidak ada tarikh… tiada apa-apa. Terpulang kepada saya tentukan masa. Keputusan kepada saya, ” bila akan letak jawatan.

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Dr Mahathir berkata perkara paling penting yang diputuskan dan dipersetuj­ui secara bersama di dalam mesyuarat ini adalah tarikh peralihan kuasa yang akan ditentukan­nya sendiri.

“Diserah kepada saya. Apa saya kata mereka akan turuti. Terpulang kepada saya. Itu kepercayaa­n yang diberikan oleh parti (PH) kepada saya. Alhamdulil­lah,” katanya.

Dr Mahathir berkata mesyuarat panjang lebar itu antara lain membincang­kan masa depan parti-parti di dalam

Pakatan Harapan dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“(Kita juga) bincang mengenai pilihan raya di Sarawak dan kita akan tentukan caloncalon kita supaya mereka tidak berlawanan antara parti komponen,” katanya.

Menurutnya mesyuarat kelmarin tidak membincang­kan isu rombakan kabinet.

Dr Mahathir berkata PH juga akan mengadakan konvensyen, dan tarikhnya bakal ditentukan kemudian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Reaksi spontan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) semasa bersama Anwar ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya malam kelmarin.
— Gambar Bernama CERIA: Reaksi spontan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) semasa bersama Anwar ketika sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia