Utusan Borneo (Sabah)

Peralihan kuasa: Parti komponen PH sepakat tiada tekanan kepada Dr Mahathir

-

PUTRAJAYA: Parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) setuju dan sepakat untuk tidak membuat apaapa tuntutan dan tekanan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu peralihan kuasa, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Abdul Samad.

Menteri Wilayah Persekutua­n itu berkata keputusan telah dicapai pada mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerus­ikan Dr Mahathir malam kelmarin, antaranya kesepakata­n dalam kalangan pemimpin parti komponen untuk menyerahka­n kepada perdana menteri bagi menentukan tarikh peralihan kuasa.

“Yang penting kerajaan PH terus memerintah serta mentadbir negara dengan baik dan mendatangk­an manfaat kepada rakyat. Ini perjuangan kita, bukan perjuangan untuk manamana individu, ia adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan bertanggun­gjawab terhadap rakyatnya,” katanya.

Beliau berkata isu “nak bergaduh-gaduh” serta “nak jawatan” adalah rekaan pihak tertentu untuk memberi gambaran bahawa kerajaan PH tidak mantap dan tidak stabil.

“Kita tegas dan bersatu serta kita akan mentadbir dan menjadi kerajaan sehingga rakyat memutuskan sebaliknya,” katanya kepada media selepas merasmikan Larian Budi Wilayahku Half Marathon Putrajaya 2020 di sini semalam.

“Jadi, mana-mana pihak yang nak cuba timbulkan pembalahan, (dengan keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH) malam kelmarin kita nak beritahu mereka telah gagal,” katanya.

Sementara itu, Khalid berharap penganjura­n acara sukan yang melibatkan penyertaan ramai orang awam akan dapat menyemarak­kan semangat kesukanan dan budaya gaya hidup sihat.

Larian Budi Wilayahku anjuran Persatuan Alumni UiTM Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Majlis Sukan Wilayah Persekutua­n dan Perbadanan Putrajaya menarik penyertaan 4,000 peserta tempatan dan antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia