Utusan Borneo (Sabah)

Proses daftar, tuntut mySalam mudah dan cepat

-

ALOR SETAR: Proses pendaftara­n dan tuntutan skim perlindung­an kesihatan takaful percuma mySalam yang cepat dan mudah memberi sinar baharu kepada keluarga Zulkifli Abdul Hamid, 42, yang hampir hilang punca pendapatan selepas diserang strok mata pada November tahun lepas.

Mendapat maklumat mengenai skim itu ketika dirawat selama enam hari di Hospital Sultanah Bahiyah selepas serangan strok yang menyebabka­n penglihata­nnya menjadi kabur, Zulkifli mendaftar melalui portal dalam talian www.mysalam. com.my pada Disember 2019 selain membuat tuntutan pembayaran tunai RM50 sehari bagi hospitalis­asi.

“Saya tak sangka tuntutan berjumlah RM300 itu diluluskan dengan agak cepat dan wang itu dimasukkan ke dalam akaun bank saya pada Januari,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Pokok Sena dekat sini baru-baru ini.

Bapa tiga anak yang menyara kehidupan sekeluarga dengan berniaga makanan di pasar malam dan pasar pagi itu menyifatka­n prosedur untuk mendapatka­n bantuan melalui skim berkenaan yang mudah dapat membantu pesakit seperti dirinya yang sememangny­a memerlukan bantuan.

Zulkifli berkata beliau kini menunggu kelulusan tuntutan pembayaran tunai RM8,000 untuk penyakit kritikal yang turut dibuatnya.

“Apabila mySalam ini ada, memang terasa ringan beban saya sebab ada duit tambahan masuk, ada duit masuk rasa seronok sikit sebab berniaga ni pendapatan tidak menentu,” katanya yang memiliki anak bongsu berusia tujuh tahun yang menghidap autisme.

Sementara itu, seorang penoreh getah, Mohd Yusof Awang, 47, juga tidak mahu ketinggala­n untuk mendaftark­an isterinya yang menghidap kanser kulit tahap empat di bawah mySalam.

Mohd Yusof berkata walaupun isterinya yang berusia 41 tahun belum mendaftar untuk skim itu, beliau yakin ia dapat membantu meringanka­n beban mereka sekeluarga.

“Saya akan mendaftark­an isteri saya secepat mungkin dan akan meminta bantuan pihak hospital untuk urusan permohonan berkenaan. Saya berasa cukup bertuah kalau mySalam dapat membantu isteri yang sedang sakit ini,” katanya dalam nada sebak.

mySalam adalah inisiatif kerajaan Pakatan Harapan bertujuan menyediaka­n perlindung­an kesihatan takaful percuma kepada lapan juta rakyat di negara ini yang melibatkan golongan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bukan BSH untuk 45 penyakit kritikal termasuk strok, kanser, kegagalan buah pinggang, penyakit paruparu tahap akhir, kegagalan hati tahap akhir, pekak, buta, kelumpuhan anggota dan hilang keupayaan bertutur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia