Utusan Borneo (Sabah)

PH bincang kedudukan jawatan Ketua Pemuda, Ketua Wanita

-

DENGKIL: Pakatan Harapan (PH) turut mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) kelmarin bersempena mesyuarat Majlis Presiden PH yang antara lain membincang­kan pindaan perlembaga­an parti untuk mewujudkan jawatan ketua Pemuda dan ketua Wanita PH.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jawatan ketua Pemuda dan ketua Wanita PH buat masa ini tiada dalam undang-undang tubuh PH.

Beliau berkata pada EGM itu, perlembaga­an parti dipinda dengan memasukkan fasal 8.3.9 yang menyebut bahawa Majlis Presiden PH boleh melantik seorang ketua Pemuda PH dan seorang ketua Wanita PH daripada kalangan penjawat jawatan ketua Pemuda dan ketua Wanita daripada parti-parti komponen yang dicadangka­n oleh sayap Pemuda dan Wanita.

“Ramai yang tidak perasan yang kita berdaftar dengan ROS (Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia) dan malam tadi kita telah menjalanka­n dengan sempurna mesyuarat EGM PH. Ini urusan kita dengan ROS, jadi kita kekalkan kepimpinan serta luluskan penyata kewangan,” katanya kepada media di sini, semalam.

Terdahulu, Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merasmikan Pasar Raya Desa Segar di Southville City,

Bangi Selatan, di sini.

Mengenai pembukaan Pasar Raya Desa Segar itu, beliau berkata kerajaan menyokong pembukaan perniagaan peruncitan sedemikian yang selaras dengan hasrat kementeria­n untuk melahirkan lebih ramai usahawan dan peruncit berskala kecil dan sederhana bagi memberikan pilihan kepada pengguna.

“Kementeria­n sentiasa akan membantu pengusaha dan peruncit tempatan dalam memasarkan dan memperluas produk dan perkhidmat­an mereka agar mampu menghasilk­an produk yang setanding dengan produk luar negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Saifuddin Nasution melihat sayur-sayuran yang dijual selepas merasmikan Pasar Raya Desa Segar di Savanna Lifestyle Retail, Southville City, Dengkil semalam. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Best and Kwik Mart Sdn Bhd Datuk Norizan Bakar (kiri).
— Gambar Bernama TERTARIK: Saifuddin Nasution melihat sayur-sayuran yang dijual selepas merasmikan Pasar Raya Desa Segar di Savanna Lifestyle Retail, Southville City, Dengkil semalam. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Best and Kwik Mart Sdn Bhd Datuk Norizan Bakar (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia