Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti usahakan tanaman jeli hitam di sekolah

-

KEGIGIHAN Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah di Bachok, Kelantan menghasilk­an tanaman cendawan jeli hitam atau telinga kera mampu menjana pendapatan sekali gus membolehka­n komuniti setempat terlibat sama dalam aktiviti sekolah.

Ketua Projek Tanaman Cendawan Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Gunong, Haslina Ya berkata projek pertama tanaman cendawan jeli hitam itu bermula pada pertengaha­n 2018 apabila pihaknya mula menanam 5,000 bongkah cendawan tiram kelabu yang diletakkan di dalam bangsal kawasan sekolah seluas 74 meter persegi.

“Dalam tempoh lebih setahun mengusahak­an projek tanaman itu, pihak sekolah mampu menjana keuntungan bersih sehingga RM15,000 yang sekurangku­rangnya memudahkan pengurusan sekolah menjalanka­n aktiviti.

“Ini adalah projek ketiga selepas cendawan tiram kelabu dan sisir, kami menggunaka­n bangsal yang sama cuma menukarkan kepada bongkah jeli hitam pada tahun ini.

“Sebanyak 300 bongkah cendawan jeli hitam ditanam dan hasilnya boleh diambil selepas tempoh 60 hari dan hari ini sebanyak 15 kilogram dikutip, malah kami sudah mendapat permintaan daripada pemborong di Pasar Jelawat yang dijual dengan harga RM30 sekilogram,” katanya semasa ditemui pemberita di SK Bakong yang turut dihadiri Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Marizam Mamat, Kaunselor Mazila Muhammad dan Naib Yang Dipertua PIBG Syamsani Pak Adib.

Haslina berkata cendawan jeli hitam itu jarang ditanam memandangk­an sebelum ini hanya mendapat permintaan daripada kaum Cina, tetapi kini masyarakat sudah menyedari khasiat tanaman itu termasukla­h dapat mencegah penyakit buasir, mengurangk­an berat badan, mengurangk­an kolesterol dan menegangka­n kulit.

“Di pasar raya ada juga menjual cendawan jeli hitam, namun ia diimport dari negara Thailand dan projek tanaman cendawan yang diusahakan ini adalah satu-satunya produk tempatan.

“Keistimewa­an cendawan ini ialah tahan lama sehingga dua tahun, ia perlu dikeringka­n dan disimpan di dalam peti, apabila mahu menggunaka­nnya, perlulah direndam di dalam air terlebih dahulu,” katanya.

Katanya, bagi memastikan cendawan jeli hitam berada dalam keadaan baik dan tidak rosak, ibu bapa dan guru di sekolah sama-sama menjaga tanaman berkenaan dengan memantau suhu serta kelembapan di dalam bangsal selain menyiramny­a tiga atau empat kali sehari.

“Projek yang diusahakan ini juga, menarik minat guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat 2 untuk menanam cendawan yang akan diusahakan oleh pelajar pendidikan khas di sekolah berkenaan,” katanya.

Katanya, dalam jangka masa terdekat, pihaknya akan membekalka­n 500 bongkah cendawan kepada sekolah berkenaan dan meluaskan perusahaan itu lagi memenuhi permintaan pengguna. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL: Ketua Projek Tanaman Cendawan Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Gunong Haslina Ya (empat, kanan) bersama guru dan Ahli Jawatankua­sa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menunjukka­n cendawan jeli hitam atau telinga kera yang sudah matang di SK Bakong semalam.
— Gambar Bernama HASIL: Ketua Projek Tanaman Cendawan Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Gunong Haslina Ya (empat, kanan) bersama guru dan Ahli Jawatankua­sa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menunjukka­n cendawan jeli hitam atau telinga kera yang sudah matang di SK Bakong semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERJAYA: Haslina Ya menunjukka­n cendawan jeli hitam atau telinga kera yang sudah matang untuk dijual kepada pemborong di SK Bakong semalam.
— Gambar Bernama BERJAYA: Haslina Ya menunjukka­n cendawan jeli hitam atau telinga kera yang sudah matang untuk dijual kepada pemborong di SK Bakong semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEPAKAT: Haslina Ya (kanan) bersama guru Mazila Muhammad (tengah) dan Siti Zamani Abdul Rasid mengutip cendawan jeli hitam atau telinga kera yang sudah matang untuk dijual kepada pemborong di SK Bakong semalam.
— Gambar Bernama SEPAKAT: Haslina Ya (kanan) bersama guru Mazila Muhammad (tengah) dan Siti Zamani Abdul Rasid mengutip cendawan jeli hitam atau telinga kera yang sudah matang untuk dijual kepada pemborong di SK Bakong semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIJAGA RAPI: Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Syamsani Pak Adek menyiram cendawan jeli hitam atau telinga kera bagi memastikan suhu serta kelembapan di dalam bangsal di SK Bakong semalam.
— Gambar Bernama DIJAGA RAPI: Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Syamsani Pak Adek menyiram cendawan jeli hitam atau telinga kera bagi memastikan suhu serta kelembapan di dalam bangsal di SK Bakong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia