Utusan Borneo (Sabah)

KWSP catat caruman ahli berjumlah RM75.9 bilion pada 2019

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatka­n keseluruha­n caruman ahli berjumlah RM75.9 bilion pada 2019.

Pada tahun yang sama, KWSP mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 24.6 peratus bagi pelanggan i-Akaun, dengan 7.6 juta pelanggan.

Majikan yang berdaftar dengan KWSP juga bertambah sebanyak 3.0 peratus daripada 507,100 kepada 522,300 majikan.

Dana tersebut juga menerima secara purata caruman bulanan sebanyak RM6.3 bilion, ini membawa maksud caruman sebanyak RM144,000 diterima setiap minit daripada 14.6 juta ahlinya, daripada angka itu 7.6 juta adalah ahli aktif.

“Secara keseluruha­n, pengeluara­n pada 2019 berjumlah RM44.8 bilion, yang membawa maksud anggaran RM85,000 diagihkan kepada ahli setiap minit.

“KWSP menerima caruman bersih berjumlah RM31.1 bilion pada tahun tersebut atau secara purata RM2.6 bilion setiap bulan, iaitu RM59,000 setiap minit,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Ahli KWSP merangkumi lima generasi warga kerja Malaysia iaitu 1.4 peratus merupakan ‘traditiona­list’ (lahir 1900 hingga 1940); 8.0 peratus adalah ‘baby boomer’ (lahir di antara 1941 dengan 1960); 38.3 peratus lagi ialah Generasi X (lahir pada 1961 hingga 1980); 51.5 peratus pula meupakan Generasi Y (lahir pada 1981 hingga 2000); dan 0.9 peratus yang lain ialah Generasi Z (lahir pada 2001 ke atas).

Dalam usaha untuk terus memberi nilai tambah kepada ahli, KWSP melaksanak­an beberapa inisiatif pada 2019 seperti pelancaran i-Invest yang telah merekodkan nilai transaksi sebanyak RM81.8 juta, memberi manfaat kepada lebih 10,000 ahli, sejak pelancaran­nya pada Ogos 2019.

Tabung persaraan itu berkata, celik kewangan tetap menjadi inisiatif teras bagi 2019, dengan pelancaran panduan Belanjawan­ku dan ‘My Money Matters’ yang menawarkan maklumat dan tip berkenaan perbelanja­an kewangan.

Menurut KWSP, skim caruman sukarela seperti i-Saraan (bagi pekerja sambilan) dan i-Suri (bagi suri rumah) masing-masing telah merekodkan RM144 juta dan RM7.4 juta dan ini menegaskan komitmen KWSP untuk terus meluaskan liputan perlindung­an sosial.

Di samping itu, Khidmat Nasihat Persaraan KWSP yang telah memenangi pelbagai anugerah serta bertujuan melengkapi ahli dengan ilmu pengurusan kewangan semasa persaraan, telah diperluask­an kepada 52 cawangan tahun lepas daripada 28 cawangan pada 2018, menurut KWSP. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia