Utusan Borneo (Sabah)

Jangan campur tangan, LTTE kekal kumpulan pengganas: Muhyiddin

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) masih lagi diklasifik­asikan sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan Malaysia sejak 12 November 2014, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalka­n status kumpulan itu berdasarka­n maklumat perisikan dan keselamata­n terkini daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia

(PDRM) dan lainlain agensi kawal selia atau pengawasan yang berkaitan.

“Saya ingin menegaskan bahawa penyenarai­an LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntuk­kan oleh undangunda­ng,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kenyataan tersebut susulan gesaan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kelmarin supaya Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri mengkaji semula kedudukan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

Muhyiddin berkata Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.

“Mengikut Seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk menyenarai­kan individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan keganasan sebagai Entiti Yang Ditentukan,” katanya.

Beliau berkata berdasarka­n maklumat terkini daripada pihak berkuasa, kumpulan itu dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulka­n ancaman terhadap ketenteram­an awam dan keselamata­n negara.

“Justeru, adalah menjadi tanggungja­wab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang bagi membendung sebarang bentuk penyebaran ideologi dan kegiatan yang berkaitan kumpulan ini,” katanya.

Untuk rekod, selain Malaysia, beberapa buah negara lain turut mengisytih­arkan dan mengekalka­n LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai negara masing-masing, antaranya, India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom, kata Muhyiddin.

Kelmarin, 12 individu yang didakwa menyokong

LTTE termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya P. Gunasekare­n akan dibebaskan selepas Peguam Negara membuat keputusan untuk menghentik­an prosiding terhadap mereka.

Dalam kenyataan media 11 muka surat, Thomas memutuskan tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap manamana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia