Utusan Borneo (Sabah)

Johor kenal pasti 15 tapak pembinaaan RMBJ di seluruh negeri

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor sudah mengenal pasti 15 tapak di seluruh negeri ini untuk dibangunka­n 100 peratus komponen Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ).

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Johor Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya menyasarka­n pembinaan RMBJ di setiap daerah khususnya di Kulai, Mersing dan Muar, sebagai usaha memastikan rakyat berpeluang memiliki hartanah, sekali gus mencapai sasaran pembinaan sebanyak 100,000 unit RMBJ pada 2023.

“Kerajaan mengambil tanggungja­wab di mana sama ada kita perolehi tanah kerajaan atau melalui peruntukan Akta Pengambila­n Balik Tanah 1965. Kerajaan negeri menyediaka­n lebih kurang RM100 juta setiap tahun bagi tujuan pengambila­n semula tanah-tanah strategik, untuk bina rumah mampu biaya ini.

“15 tapak atau 15 projek perumahan ini akan dilaksanak­an dengan kerjasama agensi pelaksana yang dipilih, seperti Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Perbadanan Islam Johor (PIJ) Holdings serta kategoriny­a, akan bergantung kepada permintaan di sesuatu lokasi tapak tersebut,” katanya.

Dzulkefly berkata demikian pada sidang media selepas majlis pengundian terbuka Rumah

Mampu Biaya Johor C Taman Scientex, Pasir Gudang, di sini, semalam.

Beliau berkata proses pelaksanaa­n RMBJ di atas tanah berkeluasa­n antara empat hektar dan 28 hektar berkenaan, kini berada di peringkat terakhir perundinga­n bersama agensi pelaksana yang dipilih.

Beliau turut menyasarka­n majlis pecah tanah bagi projek berkenaan, dapat dilakukan pada suku kedua dan ketiga tahun ini.

“Sekarang kita sedang melalui beberapa prosedur proses perbendaha­raan atau kewangan, sebab kita akan melantik terus agensi pelaksana. Ada beberapa proses perundinga­n dari segi penetapan harga dan sebagainya, sehinggala­h surat tawar terima dan perjanjian, itu akan dilaksanak­an dalam masa terdekat.

“Selepas itu, barulah kebenaran merancang (KM) akan diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan. Kita akan berikan laluan ‘fast track’ kepada PBT, terhadap pembanguna­n membina RMBJ ini, dan insya-Allah apabila sudah muktamad nanti, kita akan sasar majlis pecah tanah sekitar bulan Jun atau September nanti, selepas segala proses pentadbira­n selesai,” katanya.

Beliau berkata pembinaan RMBJ di 15 tapak yang akan dibangunka­n itu, dianggarka­n berharga dari RM42,000 hingga RM300,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia