Utusan Borneo (Sabah)

Ancelotti sedia bawa Everton bangkit dibawah pengurusan­nya

-

LONDON: Carlo Ancelotti berkata Everton sudah bersedia untuk ujian getir bagi kebangkita­n mereka di bawah kepimpinan­nya apabila kelab yang mengintai Liga JuaraJuara itu bertandang ke Arsenal pada hari ini (Ahad) pada permulaan siri perlawanan yang sukar.

Pasukan Ancelotti sudah mengutip

17 mata daripada lapan perlawanan mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selaku pengendali – pulangan yang diatasi hanya oleh pendahulu EPL Liverpool (24) dalam tempoh yang sama – dan sudah naik dari tempat ke-15 ke tempat kesembilan sejak pengurus dari Itali itu tiba pada Disember lalu. Banyak lagi ujian menantia pasukan The Toffees selepas kunjungan ke utara London, dengan perlawanan di tempat sendiri menentang Manchester United dan Liverpool selain lawatan ke Chelsea di tempat keempat yang menawarkan pemeriksaa­n yang lebih teliti bagi kelayakan mereka untuk bermain di Eropah.

“Sudah tentulah kami perlu fokus kepada Arsenal, tetapi jika kami mahu memikirkan tentang Eropah, terdapat beberapa perlawanan yang sangat penting selepas Arsenal,” kata Ancelotti. “Kami perlu bermain menentang United, Chelsea dan Liverpool. Selepas empat perlawanan ini, kita boleh lihat apa yang akan berlaku bagi Eropah.” Everton tiba di Stadium Emirates pada hujung minggu ini dengan matlamat mengurangk­an jurang lima mata dengan Chelsea dalam usaha mereka untuk memberikan cabaran bagi Liga JuaraJuara.

Penggantun­gan Manchester City selama dua tahun dari Eropah telah membuka pintu bagi pasukan yang menduduki tempat kelima untuk layak bagi kejohanan pada musim akan datang, sementara menunggu hasil rayuan

City kepada Mahkamah Timbang Tara

Sukan.

Bagaimanap­un satu-satunya pertemuan Everton dan kelab elit di England berakhir dengan kekalahan sejak Ancelotti mengambil alih, apabila Manchester City menewaskan mereka dalam liga dan pasukan muda Liverpool menyingkir­kn mereka dari Piala FA.

Kemenangan ke atas Arsenal, yang mempunyai citacita sendiri untuk bermain di Eropah selepas kemenangan ke atas Newcastle pada hujung minggu lepas, adalah satu kenyataan niat yang signifikan dalam usaha Ancelotti untuk membuktika­n bahawa kemajuan Everton bukan satu kebetulan.

“Ini adalah perlawanan yang amat penting menentang pasukan yang kuat di tempat lawan tetapi kami perlu ada keyakinan untuk melakukan yang terbaik dan cuba menang,” kata pengurus berusia 60 tahun itu.

“Saya tahu Arsenal banyak meningkat dalam tempoh terakhir,. mereka lebih yakin, mereka bermain dengan lebih baik, jadi ia pasti sukar, tetapi semangat pasukan adalah bagus dan kami ada keyakinan.”

Persona awam Ancelotti yang tenang menyembuny­ikan sisi amat kompetitif yang telah membawanya ke seluruh Eropah untuk mencari kegemilang­an yang lebih besar dalam bidang pengurusan pada usia di mana kebanyakan rakan sebayanya bersedia untuk berundur daripada pekerjaan yang begitu menekan.

Dia sudah memenangi kejuaraan domestik bersama Chelsea, AC Milan, Paris Saint-Germain dan Bayern Munich, selain menjulang piala Liga Juara-Juara bersama Milan dan Real Madrid.

Reputasiny­a hilang sedikit kilauan selepas pembabitan­nya yang bermasalah dengan Napoli yang berakhir dengan pemecatann­ya dari kelab Itali itu pada Disember lalu selepas 16 bulan menggalas tugas.

Kegagalan untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara pada musim lepas diburukkan lagi oleh keputusan yang buruk dalam Serie A pada musim ini, dengan cakap-cakap mengenai keresahan skuad.

Apabila Ancelotti tiba di Goodison Park untuk menggantik­an Marco Silva yang dipecat beberapa minggu kemudian, terdapat mereka yang ragu-ragu yang mendakwa keputusann­ya untuk menyertai Everton adalah untuk mendapatka­n habuan buat kali terakhir sebelum dia bersara.

Penyokong Everton, yang dengan cepat melabelnya sebagai “Carlo Fantastico”, sudah menaruh harapan yang diberikan. — AFP

 ??  ?? ANCELOTTI
ANCELOTTI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia