Utusan Borneo (Sabah)

Rojas cipta rekod baharu di kejohanan Madrid

- ROJAS

MADRID: Yulimar Rojas dari Venezuela pada Jumaat mencipta rekod dunia baharu dalam acara lompat kijang wanita tertutup di satu kejohanan di Madrid.

Juara dunia berusia 24 tahun itu memecah rekod dunia lama 15.36 meter yang dicipta oleh atlet Rusia Tatyana Lebedeva di Budapest pada Mac 2004.

Jarak baharu yang dicipta oleh Rojas juga meletakkan­nya hanya tujuh sentimeter sahaja di belakang rekod dunia terbuka 15.50 meter yang dicipta oleh atlet Ukraine Inessa Kravets di Gothenburg pada 1995.

“Tokyo semakin dekat,” kata Rojas kepada saluran televisyen Sepanyol TVE yang merujuk kepada Sukan Olimpik 2020.

“Kami akan terus berlatih dan sentiasa fokus.”

“Saya sangat bangga. Saya tidak mempercaya­inya, ia nampak begitu mudah bagi saya, ia tidak dapat digambarka­n, emosi yang amat kuat.

“Saya mencari rekod sejak lompatan pertama, tetapi ia jatuh pada lompatan terakhir. Apabila saya pulang, saya akan menangis, kerana itulah apa yang diinginkan oleh semua atlet.”

Pada Jumaat lepas, juara dunia itu memulakan cabaran dengan kesilapan tetapi kemudian mencatatka­n 14.65 meter pada pusingan kedua.

Selepas satu lagi kesilapan pada pusingan ketiga, dia melakukan lompatan sejauh 15.29 meter pada pusingan keempat, untuk memecah rekod Amerika Selatan tertutupny­a sendiri dan naik ke tempat kedua dalam senarai sepanjang zaman tertutup dunia.

Selepas kesilapan ketiga pada pusingan kelima, Rojas, yang dibimbing oleh bekas juara Olimpik dan dunia dari Cuba, Ivan Pedrosa, berjaya dalam cubaannya yang keenam dan terakhir pada malam itu.

Rakan latihannya dari Cuba Liadagmis Povea menduduki tempat kedua pada Jumaat dengan lompatan sejauh 14.52 meter manakala atlet Portugal Patricia Mamona di tempat ketiga dengan lompatan terbaik 14.28 meter.

Rojas memenangi kejuaraan tertutup dunia di London pada 2017, yang pertama bagi Venezuela, dengan lompatan sejauh 14.91 meter dan mengukuhka­nnya apabila dia berjaya mempertaha­nkan kejuaraan tersebut di Doha pada tahun lepas dengan lompatan sejauh 15.37 meter. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia