Utusan Borneo (Sabah)

Bayern hampir diaibkan kelab tercorot Bundesliga

Dua jaringan Lewandowsk­i dan satu jaringan Gnarby bantu juara bertahan itu menang tipis 3-2 ke atas Paderborn

- AKSI SEBENAR:

Dua jaringan Lewandowsk­i dan satu jaringan Gnarby bantu juara bertahan itu menang tipis 3-2 ke atas Paderborn

BERLIN: Pendahulu Bundesliga Bayern Munich menang tipis 3-2 ke atas kelab tercorot pada Jumaat apabila Robert Lewandowsk­i menjaringk­an dua gol untuk mengelak keaiban bagi penjaga gol Manuel Neuer dalam perlawanan terakhir mereka sebelum mereka menentang Chelsea dalam Liga Juara-Juara.

Lewandowsk­i sekarang mendahului senarai penjaring terbanyak dalam liga utama dengan 26 gol, yang menggambar­kan kepentinga­nnya kepada pasukan menjelang perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir pada Selasa ini di London.

Bayern dua kali melepaskan gol pendahulua­n di Munich sebelum mereka memastikan kemenangan yang meletakkan mereka empat mata di depan.

Dengan Bayern yang mendahului 1-0 hasil gol awal Serge Gnabry, Neuer gagal mengeluark­an bola dengan kemas di luar kawasan penalti untuk membolehka­n pemain tengah Paderborn Dennis Srbeny merembat bola ke dalam gawang kosong sejurus sebelum waktu rehat.

“Saya tidak mahu merempuhny­a, kerana itu bermakna kad merah,” jelas Neuer.

“Saya dapat merasakan dia akan sampai kepada bola sebelum saya. Itulah sebabnya kenapa ia kelihatan seperti itu. Ia adalah sebahagian daripada permainan saya dan ia berlaku.”

Bagaimanap­un Lewandowsk­i kemudian menjaringk­an gol pada minit ke-70 untuk menjadikan kedudukan 2-1, tetapi Paderborn menyamakan kedudukan sekali lagi selepas pertahanan buruk membolehka­n Sven Michel untuk melakukan tolakan mudah 15 minit sebelum tamat.

Bagaimanap­un masa masih ada untuk Lewandowsk­i merembat masuk gol kemenangan, hasil hantaran lintang cantik daripada Gnabry.

Ketika bersiap-sedia untuk perlawanan itu, jurulatih Bayern Hansi Flick memberi amaran bahawa pasukannya perlu fokus kepada kelab bermasalah Paderborn, tetapi sebelah mata gergasi Bavaria itu seakan-akan tertumpu kepada Chelsea.

“Paderborn ternyata mencabar kami hingga ke saat akhir,” akui Flick.

Paderborn meletakkan bola di dalam jaring Bayern selepas empat minit apabila penyerang mereka Streli Mamba menolak bola di bawah Neuer, tetapi pengadil mengangkat bendera ofsaid.

Seperti dijangkaka­n, Bayern mendahului awal di Allianz Arena apabila Gnabry meraikan penampilan­nya yang ke100 dalam Bundesliga dengan berpusing dan merembat bola ke sudut bawah pada minit ke-26.

Paderborn menyamakan kedudukan selepas Neuer gagal mengeluark­an bola di luar kota penalti.

Kapten pasukan Jerman itu sebelum itu dua kali mengeluark­an bahaya dengan menangani peluang jarak jauh untuk penyerang Paderborn.

Bagaimanap­untaktik itu memakan diri pada kali ketiga apabila dia gagal untuk mengeluark­an bola di atas barisan pertananan yang menyasari Srbeny, yang dengan tenang menolak bola ke dalam gawang kosong Bayern pada minit ke44. Dengan keputusan yang terikat 1-1 dan masa semakin suntuk, Lewandowsk­i

memuli- hkan kelebihan pasukan tuan rumah apabila Gnabry memberi bola kepadanya untuk rembatan berbisa pada minit ke-70.

Bagaimanap­un Paderborn kembali semula dan Michel memberikan gol penyamaan kedua kepada mereka dengan menolak masuk bola yang melantun balik selepas Neuer menyelamat­kan satu rembatan daripada pemain pertahanan kiri gantian Dennis Jastrzembs­ki.

Bagaimanap­un Gnabry sekali lagi memberi bantuan dengan hantaran lintang tepat yang dirembat masuk oleh Lewandowsk­i dua minit sebelum tamat untuk menamatkan perlawanan. — AFP

Paderborn ternyata mencabar kami hingga ke saat akhir.

Hansi Flick

Jurulatih Bayern Munich

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Bayern Munich dan Paderborn di Jerman.
MENYERLAH: Gnabry menjaringk­an gol pembukaan Bayern pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP — Gambar AFP Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga di antara Bayern Munich dan Paderborn di Jerman. MENYERLAH: Gnabry menjaringk­an gol pembukaan Bayern pada perlawanan tersebut.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEMANGAT KESUKANAN: Jurulatih Bayern, Flick (kiri) berjabat tangan dengan rakan sejawatnya di Paderborn, Baugmart selepas tamat perlawanan.
— Gambar AFP SEMANGAT KESUKANAN: Jurulatih Bayern, Flick (kiri) berjabat tangan dengan rakan sejawatnya di Paderborn, Baugmart selepas tamat perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia