Utusan Borneo (Sabah)

Tambadau Sabah penuh yakin

Bola sepak Piala Belia saingan Kumpulan B menentang PJ City di Stadium Penampang, petang ini

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Prestasi baik dalam persiapan skuad bola sepak bawah 19 tahun Tambadau Sabah diharap akan turut dijelmakan apabila mereka memulakan saingan Kumpulan B Piala Belia menentang PJ City di Stadium Penampang, petang ini.

Sepak mula perlawanan dijadualka­n pada jam 4.15 petang dan orang ramai terutamany­a peminat bola sepak dialu-alukan datang memberi sokongan kepada skuad muda bimbingan Johnny Dominicus itu.

"Saya melihat perkaraper­kara positif dalam persiapan kami termasuk menang semua tiga perlawanan persahabat­an terakhir di Tawau minggu lalu.

"Secara keseluruha­nnya saya berpuas hati dengan persiapan dan prestasi pemain. Oleh itu, saya harap akan dapat hasil yang memuaskan juga apabila saingan sebenar bermula esok (hari ini)," kata Johnny ketika temui sebelum mengendali­kan latihan terakhir di padang SUKMA

Kompleks Sukan Kota Kinabalu kelmarin.

Menurutnya, semua pemain juga berada dalam keadaan baik dan sudah bersedia sepenuhnya serta teruja beraksi terutama dengan mereka menjadi tuan rumah perlawanan pertama itu.

"Dalam pertanding­an, ia adalah baik jika kita dapat memulakan saingan dengan kemenangan sebagai suntikan motivasi mengharung­i perlawanan berikutnya.

"Bermain sebagai tuan rumah menjadikan kemenangan itu lebih bermakna sebagai bekalan terutama dengan tiga perlawanan berikutnya kami akan harungi di tempat lawan," katanya.

Johnny berkata, tanpa mengetahui kemampuan lawan, beliau bergantung sepenuhnya kepada keupayaan pasukan sendiri memburu kemenangan.

"Kami telah berkerja keras dalam latihan dan akan cuba yang terbaik untuk mulakan saingan ini dengan kemenangan," kata Johnny.

Johnny membayangk­an kemungkina­n kesebelasa­n utamanya terdiri daripada Mohd Azlizan Azlan, Ritchie Svenson, Mohd Syukri Suaimi, Seherry Aladin,Rozacklye

Yanam, Yuseril Yusekil, Rusdi Roslan, Mohd Nasip Mohd Zain, Mohd Zakisadrud­din Jumaad, Mohd Nazemizan Naslon dan Jeckelly Manir.

Sebagai rekod, Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony mensasarka­n skuad muda ini berada dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Selain Sabah dan PJ City, pasukan lain sekumpulan mereka adalah Johor Darul Ta'zim IV (JDT IV), Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak United, Selangor, UiTM FC dan UKM FC.

Saingan peringkat kumpulan dijalanan secara liga dua pusingan bagi menentukan lapan pasukan teratas mara ke pusingan 16 pasukan terakhir yang dijalankan secara kalah mati menerusi perlawanan timbal balik.

 ??  ?? SEDIA: Skuad B19 tahun Tambadau Sabah sudah bersedia sepenuhnya memulakan cabaran Piala Belia menentang PJ City di Stadium Penampang petang ini.
SEDIA: Skuad B19 tahun Tambadau Sabah sudah bersedia sepenuhnya memulakan cabaran Piala Belia menentang PJ City di Stadium Penampang petang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia