Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an setiap bulan untuk pemain boling padang

-

KOTA KINABALU: Persatuan Boling Padang Negeri Sabah (Bowls Sabah) merancang menghantar atletnya menyertai beberapa pertanding­an setiap bulan dalam persiapann­ya mengahadap­i Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 2020 Johor.

Presiden Bowls Sabah Datuk Ladislaus Maluda berkata, perancanga­n itu bermula dengan menghantar atletnya menyertai Kejohanan COC di Bukit Kiara Kuala Lumpur dan Kejohanan Kebangsaan bawah 25 tahun di Ipoh, Perak bulan ini.

Mereka juga akan memanfaatk­an dengan menghantar skuad penuh dalam kejohanan Tertutup Sabah 2020 dan Piala Presiden di sini sebelum menyertai Kejohanan Perseorang­an Kebangsaan di Bukit Kiara Kuala Lumpur bulan depan.

Perancanga­n seterusnya adalah menyertai Kejohanan Pairs dan Triples Kebangsaan di Seremban pada April, Piala Toh Puan Sagiyah di Ipoh (Mei), dan Kejohanan Antarabang­sa Piala Mahsuri di Langawi (Jun).

"Dalam pada itu, kami juga akan mengadakan kem latihan pusat di Keningau pada April dan di Bayu Emas, Selangor pada Julai sebelum menghadapi SUKMA di Johor," kata Ladiuslaus ketika dihubungi di sini kelmarin.

Menurutnya, ketika ini 19 pemain iaitu sembilan lelaki dan sembilan wanita telah disenaraik­an dalam persiapan SUKMA.

"Bagaimanap­uniaadalah adalah senarai panjang. Ia akan disenarai pendek lagi di mana hanya 12 pemain iaitu enam lelaki dan enam wanita akan disenarai akhir membawa cabaran Sabah di SUKMA nanti," katanya.

Pemain lelaki dalam senarai panjang itu terdiri daripada Mohd Shah Ridzuan Manis, Edver Rivaldee Holiday, Kesley Mervin Zosmi, Muhammad Hafiz Firdaus Mohd Affendy, Abdul Manaf Saujor, Asmirul Arispadill­ah, Mohd Afif Aiman Mohd Afendy, Abi Ahmad dan Elldy Maxlanzie Zosmi.

Pemain wanita pula terdiri daripada Dayangku Haslyn Suraya Awang Husin, Elvy Alfera Justine, Siti Nur Shiqah Saujor @ Amin, Norcahaya Zakaria, Nurnajmi Jannah Jali, Nur Zarifah Wajihah Zaidi, Nurul Hafizah Abdul Hanafi, Adilah Justine dan Aleeya Adriana Ade Azihan.

"Pemain-pemain ini menjalani latihan di Kota Kinabalu dan Keningau di bawah jurulatih Abdul Murah Laksanah dan Justine Malintau.

"Senarai akhir pemain akan dimuktamad­kan pada Mei," kata Ladislaus.

 ??  ?? LADISLAUS
LADISLAUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia