Utusan Borneo (Sabah)

Miri ungguli Memanah MSS Sarawak

- Oleh Abang Ismail Abang Su'ud

BINTULU: Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Miri muncul juara keseluruha­n Kejohanan Memanah MSS Sarawak 2020 di SMK Kemena Bintulu berakhir semalam.

Miri memperliha­t penguasaan sejak hari pertama kejohanan dengan kesudahan pasukan itu mengutip 332 mata mengatasi pencabar terdekat, Sibu (naib juara) dengan 176 mata.

Meraih kedudukan tempat ketiga ialah kontinjen MSSB Kuching yang mengutip 153 mata keseluruha­n.

Pemanah Miri mengunggul­i kategori recurve wanita 15 tahun ke bawah (TKB) melalui Lee Siaw Ying dan Kong Ke Xin bagi acara Compound kategori wanita 18 TKB.

Manakala kategori lelaki, Ryan Yong unggul acara recurve 12TKB, Liew Yu Jie (15TKB) dan Josiah Hong Compound (18TKB).

Pemanah lelaki 18TKB, Cecil Nathanael dan pemanah wanita 18TKB Hartini Saging serta Lee Siaw Ying dinobatkan sebagai Pemanah Terbaik Kejohanan.

Pengurus MSSB Miri, Lokman Lim berkata latihan konsisten dan sokongan ibu bapa antara kunci kekuatan kepada pemanah-pemanah MSSB Miri.

"Di samping minat pemanah itu sendiri sokongan ibu bapa amat penting memandangk­an sukan memanah memerlukan sokongan kewangan," katanya ditemui di sini semalam.

Pemanah terbaik lelaki, Cecil Nathanael berkata beliau gembira dengan kejayaan itu sekali gus membuat yang terbaik dan kerap menjalani latihan menghadapi kejohanan akan datang.

Sementara bagi Hartini Saging turut menyata rasa gembira dengan kejayaan dan pasukannya memandangk­an segala penat lelah serta semua latihan diikuti akhirnya membuahkan hasil.

Dalam perkembang­an lain, seramai 24 pemanah dipilih mewakili MSS Sarawak ke Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kedah pada 16 hingga 21 Mac depan.

Penolong Pengarah Sektor Pembanguna­n Bakat Murid Jabatan Pendidikan Sarawak, Hassan Sarbini berkata sukan memanah mempunyai potensi besar di Sarawak terus maju dan penerimaan sekolah mewujudkan pasukan memanah semakin memberangs­angkan.

Katanya, ini dapat dilihat melalui peningkata­n penyertaan kejohanan ini dan pengelolaa­n oleh PPD Tatau Sebauh mencapai satu rekod baharu iaitu 221 peserta dengan 500 ahli jawatankua­sa guru.

"Peserta menjuarai kategori wanita 12 tahun, Nurul Ain Nasuha dari MSS Bahagian Mukah menampilka­n bakat cemerlang wajar diberi perhatian," katanya pada majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu di SMK Kemena semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia