Utusan Borneo (Sabah)

Gattuso resah, tak dapat tidur

Menjelang aksi Liga Juara-Juara pada minggu depan bertemu Barca

-

“Jangan buat saya berfikir, jangan ganggu ” saya. Gennaro Gattuso Jurulatih Napoli

ROM: Jurulatih Napoli Gennaro Gattuso mengakui dia tidak dapat tidur menjelang perlawanan menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara pada minggu depan selepas pasukannya memanaskan badan untuk menentang kelab Sepanyol itu dengan kemenangan 2-1 selepas ketinggala­n kepada Brescia dalam Serie A pada Jumaat.

Gattuso akan membuat penampilan sulungnya dalam Liga Juara-Juara selaku jurulatih menentang kelab Sepanyol itu, selepas dia menggantik­an Carlo Ancelotti, yang dipecat walaupun memimpin kelab selatan itu ke pusingan kalah mati.

“Jangan buat saya berfikir, jangan ganggu saya,” gesa Gattuso selepas kemenangan itu yang meletakkan pasukannya di dalam tempat kelayakan Liga Europa.

Jaringan Lorenzo Insigne dan Fabian Ruiz pada separuh masa kedua menyelamat­kan kemenangan selepas Jhon Chancellor meletakkan pasukan utara itu di depan selepas setengah jam.

“Kami akan memikirkan tentang Barcelona esok, hari ini hanya Brescia sahaja penting.

“Ia adalah pertanding­an yang membuatkan saya tidak dapat tidur, tetapi sebaliknya saya hampir tidak pernah tidur sekarang,” tambah bekas pemenang Piala Dunia berusia 42 tahun itu yang memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara sebagai pemain bersama AC Milan.

“Apabila saya bercakap dengan rakan-rakan saya yang beberapa tahun lebih tua daripada saya, saya tanya sama ada mereka tidur ataupun tidak.

“Mereka memberitah­u saya bahawa lama-kelamaan ia akan berlalu, tetapi ia tidak berlalu.”

Napoli naik ke tempat keenam sebelum perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir mereka di Stadium San Paolo pada Selasa ini.

Naib juara Serie A itu sudah memenangi empat daripada lima perlawanan liga terakhir mereka tetapi berada sembilan mata di bawah tempat kelayakan Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

Gattuso memuji pasukannya yang hanya sebulan lalu menduduki tempat ke-13.

“Selalunya saya rasa takut, pasukan seakan-akan hilang kepercayaa­n,” katanya.

“Saya sudah begitu lama berada dalam dunia bola sepak, ia tidak pernah mudah untuk memasang semula lampu. Saya melihat semangat yang saya inginkan, ia adalah kebangkita­n yang

hebat.

“Apabila saya mendengar orang bercakap mengenai perlawanan seperti ini seakan-akan ia adalah satu ‘walkover’, saya menjadi benar-benar marah. Anda sudah melihat betapa sukarnya ia utnuk bermain di atas padang ini.

“Saya sudah melihat banyak video Brescia dan kami tahu ia akan susah. Kami menang selepas berjuang sehingga ke minit ke-94 dan inilah mentaliti yang saya suka.

“Saya melihat semangat yang betul, racun yang kami mesti sentiasa miliki.”

Pasukan Gattuso mengancam pada awal perlawanan tetapi Dries Mertens, yang perlu menjaringk­an satu gol lagi untuk menyamai rekod jaringan kelab bagi 121 gol, melepaskan peluang selepas dua minit apabila cubaannya terkena tiang gol.

Namun Brescia berjaya menembusi benteng pertahanan dengan peluang pertama mereka apabila Chancellor menanduk bola tendangan sudut Sandro Tonali untuk tidak memberi peluang kepada David Ospina yang menjaga gol Napoli.

Ia merupakan gol ketiga pemain pertahanan Venezuela itu sejak dia tiba dari kelab Al Ahli dari Qatar pada musim ini.

Kapten Insigne menyamakan kedudukan untuk Napoli empat minit selepas waktu rehat menerusi tendangan penalti selepas bola terkena tangan Ales Mateju, dan Ruzi menjaringk­an gol kemenangan yang cantik dari tepi kotak penalti lima minit kemudian.

Mario Balotelli melepaskan dua peluang untuk menjaringk­an gol, dengan tandukan yang tersasar sipi sebelum waktu rehat, dan melakukan rembatan tinggi di depan gol selepas 72 minit. — AFP

 ??  ?? GATTUSO
GATTUSO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia