Utusan Borneo (Sabah)

Beca tarikan unik di Pasar Malam Ipeak

Pengunjung boleh bersantai hujung minggu sambil nikmati kemeriahan waktu malam

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Pasar Malam Ipeak menjadi mercu tanda baharu di sini dengan mengetenga­hkan perkhidmat­an beca kepada pengunjung­nya bersantai di hujung minggu.

Pasar yang menempatka­n lebih kurang 60 gerai jualan kini menjadi tumpuan peniaga dan orang ramai setiap Khamis hingga Ahad.

Pengurus Pasar Malam Ipeak, Hasbudi Kamaruddin berkata, mengambil konsep Pasar Malam Damansara, gerai-gerai di sini diatur secara memanjang bagi mewujudkan suasana selesa dan tersusun rapi.

“Selain itu, kita mengambil inisiatif menyediaka­n perkhidmat­an beca basikal sama seperti yang terdapat di Melaka agar ia dapat dimanfaatk­an pengunjung yang membawa anak-anak bersantai terutama untuk menikmati suasana meriah di waktu malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pasar Malam Ipeak di sini, kelmarin.

Hasbudi berkata, sejak mendapat kelulusan menjalanka­n perniagaan pasar malam dan beroperasi tiga bulan lalu, beliau melaksanak­an perancanga­nnya untuk menjadikan tapak itu selesa untuk peniaga dan mesra pengunjung.

Katanya, selain beca beliau melaksanak­an pelbagai aktiviti termasuk persembaha­n dan kesenian untuk hiburan orang ramai.

“Setiap bulan akan ada kumpulan-kumpulan kesenian diundang memberi persembaha­n di sini dan sambutanny­a amat menggalakk­an.

“Saya bercadang mengekalka­n pengisian aktiviti ini dengan harapan biarlah dengan usaha kecil ini, seni warisan kita terus kekal subur dalam masyarakat,” katanya.

Ketika berucap di Majlis perasmian, Pegawai Daerah Dr Mohd Ayub Yaakub dalam teks ucapan yang dibacakan Penolongny­a, Jaslee Jaafar berkata, pembukaan Pasar Malam Ipeak itu untuk memenuhi keperluan setempat dengan penawaran pelbagai jenis jualan.

Menurutnya, kelulusan dikeluarka­n pada 19 Disember 2019 dan sejak beroperasi ianya mendapat sambutan.

“Suka saya tegaskan di sini, pihak Majlis Daerah berharap akan mendapat kerjasama daripada semua peniaga untuk menjaga kebersihan dan pasar ini demi keselesaan anda dan juga pengunjung.

“Saya berharap pengurusan pasar ini sentiasa memberi kerjasama bagi meningkatk­an lagi mutu kebersihan agar penduduk di sekitar akan lebih selesa dengan kemudahan yang disediakan,” katanya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Hasbudi menyampaik­an cenderamat­a kepada Jaslee sempena majlis itu.
PENGHARGAA­N: Hasbudi menyampaik­an cenderamat­a kepada Jaslee sempena majlis itu.
 ??  ?? BECA: Hasbudi membawa Jaslee merasakan pengalaman menaiki beca mengelilin­gi Pasar Malam Ipeak.
BECA: Hasbudi membawa Jaslee merasakan pengalaman menaiki beca mengelilin­gi Pasar Malam Ipeak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia