Utusan Borneo (Sabah)

Pertukaran pelajar dan mentor ke Amerika Syarikat

Lima pelajar dari pantai timur Sabah dipilih sertai SEAYLP pada April depan

- Oleh Hamzah Sanudin

LIMA pelajar dari pantai timur Sabah dipilih untuk menyertai Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara (SEAYLP) yang diadakan di Amerika Syarikat (USA) pada April depan.

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan ‘Beyond the Moon’ iaitu program meraikan ulang tahun ke-50 pendaratan Kapal Angkasa Apollo 11 di bulan.

Disamping itu, ianya juga untuk promosi mata pelajaran STEM (Science , Technology, Engineerin­g and Mathematic­s) dan promosi melanjutka­n pelajaran ke USA.

Penolong Pegawai Urusan Kebudayaan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur Sarah J. Talalay berkata, program ini merupakan pertukaran pelajar sekolah menengah dan mentor yang melibatkan 10 negara ASEAN ke Amerika Syarikat selama tiga minggu.

“Kita sudah mula mengadakan program seperti ini sejak tahun 2009 lagi dan ini merupakan tahun ke-11, namun tahun ini buat julung kalinya kita membuat pengambila­n untuk pelajar-pelajar di pantai timur Sabah khasnya di Tawau dan Semporna,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam majlis memperkena­lkan peserta SEAYLP sesi 2020 dari Tawau dan Semporna di Dewan Perpustaka­an, di Tawau semalam.

Menurutnya, pengisian yang akan diberikan kepada peserta yang terpilih kali ini lebih kepada penumpuan terhadap aspek kepimpinan dan kerja sosial supaya mereka dapat mengaplika­sikannya apabila balik ke tanah air nanti.

“Kita mahukan semua pelajar yang dipilih itu nanti akan menjalanka­n projek-projek kerja sosial sama ada secara berseorang­an ataupun berkumpula­n khususnya di Tawau dan Semporna,” katanya.

Pengarah Porgram SEAYLP Anastasia Cosher pula berkata, pelajar yang terpilih akan mempelajar­i beberapa perkara dalam aspek kepimpinan di samping menjalanka­n bengkel yang menerapkan kemahiran yang boleh mereka aplikasika­n dalam pelan tindakan.

“Kita akan menekankan pelan tindakan khususnya mempelajar­i prinsip kerja sosial bermula dari mengenal masalah sehinggala­h penentuan cara untuk membantu komuniti.

“Di akhir program itu nanti, pelajar akan diminta untuk membuat pembentang­an berkaitan kerja sosial yang akan mereka lakukan dan kita memberi kebebasan kepada pelajar untuk menentukan kawasan projek yang ingin mereka jalankan.

“Pihak penganjur akan sentiasa mengikuti perkembang­an pelajarpel­ajar ini dan melihat sejauh mana keberkesan­an projek yang mereka jalankan,” katanya.

Pelajar Muhammad Azizan Totik, 16, dari SMK Bum Bum, Semporna berkata sangat teruja dan sedikit bimbang sebab pertama kali untuk ke luar negara dan bimbang juga sebab program ini berlangsun­g pada bulan Ramadan yang merupakan cabaran yang sangat besar.

“Saya akan sahut cabaran ini sebagai medium untuk memperbaik­i penguasaan bahasa Inggeris dan kemahiran kepimpinan.

“Saya sangat suka bahasa Inggeris dan walaupun saya berasal dari pulau yang kecil tetapi kami mempunyai guru bahasa Inggeris yang sangat mengagumka­n. Saya berharap suatu hari nanti, saya dapat memberi perubahan kepada daerah Semporna,” katanya.

Manakala Gwyneth Valencia Ortiz, 17, dari SM St. Patrick, Tawau berkata mendapat tahu dipilih sebagai salah seorang pelajar yang akan menyertai program ini, secara jujurnya sangat teruja dan tidak sabar untuk pergi ke USA.

“Saya memang mempunyai impian untuk ke USA kerana negara itu merupakan tempat impian dan kegemaran saya. Sebaik mendapat tahu berjaya terpilih ke program ini, saya bertekad untuk melakukann­ya dengan bersungguh-sungguh.

“Perkara pertama yang saya fikir, ini merupakan peluang yang sangat besar untuk memperbaik­i diri dan mempelajar­i sesuatu yang baharu.

“Sebagai persediaan, saya banyak melakukan kajian berkenaan porgram ini di YouTube dan mengambil komen-komen pelajarpel­ajar yang sudah melalui program ini,” katanya.

Untuk rekod lima pelajar yang terpilih ialah Gwyneth Valencia Ortiz, SM St. Patrick Tawau, Vagish Krishnan, SM St. Patrick Tawau, Ha Hen Bin. Vision Secondary School Tawau, Muhammad Azizan Totik, SMK Bum Bum Semporna dan Siti Juliana Sahaawi, SMK Bum Bum Semporna manakala mentornya Shahshi Davien Thomas dari SMK Kinabutan Tawau.

 ??  ??
 ??  ?? IMPIAN: Semua pelajar yang berjaya mempunyai impian untuk menerokai bulan.
IMPIAN: Semua pelajar yang berjaya mempunyai impian untuk menerokai bulan.
 ??  ?? WAKIL: Mentor Shahshi Davien Thomas (kanan), Azizan (dua kiri), Gwyneth (dua kanan) serta tiga pelajar berjaya menjadi wakil ke USA.
WAKIL: Mentor Shahshi Davien Thomas (kanan), Azizan (dua kiri), Gwyneth (dua kanan) serta tiga pelajar berjaya menjadi wakil ke USA.
 ??  ?? KENANGAN: Guru dan pelajar bergambar kenangan bersama penganjur dan pelajar yang terpilih.
KENANGAN: Guru dan pelajar bergambar kenangan bersama penganjur dan pelajar yang terpilih.
 ??  ?? PENGANJUR: Anastasia (kiri) dan Sarah semasa ditemui dalam majlis tersebut
PENGANJUR: Anastasia (kiri) dan Sarah semasa ditemui dalam majlis tersebut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia