Utusan Borneo (Sabah)

Agong lantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim

-

KUALA LUMPUR:

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata: “(Seri Paduka) Baginda berkenan untuk melantik YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembaga­an Persekutua­n.”

Dalam kenyataan tiga perenggan itu, Mohd Zuki berkata dalam tempoh ini, Dr Mahathir akan menguruska­n pentadbira­n negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Terdahulu di Putrajaya, Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pejabat Perdana Menteri mengumumka­n dalam satu kenyataan bahawa Dr Mahathir telah menyerahka­n surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyerahka­n surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini (semalam). Surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari,” kata kenyataan itu.

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh negara pada 10 Mei, 2018, selepas menerajui Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhka­n apa yang beliau gelar sebagai kerajaan kleptokrat­ik.

Dengan peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri semalam, gabungan kerajaan Pakatan Harapan yang dianggotai empat parti secara praktikaln­ya telah runtuh.

Dr Mahathir telah menyerahka­n surat peletakan jawatan beliau sebagai pengerusi Bersatu ke ibu pejabat parti, menurut kenyataan daripada pejabat pengerusi BERSATU.

BERSATU juga telah keluar daripada gabungan PH.

Presidenny­a Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dalam kenyataan bahawa keputusan untuk keluar daripada gabungan itu dibuat pada mesyuarat khas pemimpin tertinggi parti itu kelmarin.

Peletakan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi BERSATU oleh Dr Mahathir telah mengejutka­n semua orang berikutan beliau telah berulang kali menyatakan mahu kekal sebagai PM sehingga selepas Malaysia menjadi tuan rumah mesyuarat APEC pada November.

Tanda-tanda kepada pengumuman dramatik semalam bermula apabila mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat lepas dilaporkan berlangsun­g dalam suasana tegang berhubung janji peralihan kuasa.

Bagaimanap­un, Dr Mahathir memberitah­u sidang akhbar kemudianny­a bahawa mesyuarat itu memutuskan bahawa beliau mempunyai kata putus berhubung bila akan meletak jawatan selepas mesyuarat APEC.

Kelmarin, bagaimanap­un, parti-parti politik daripada pihak kerajaan dan pembangkan­g telah mengadakan mesyuarat berasingan yang membawa kepada spekulasi berhubung kemungkina­n pembentuka­n gabungan baharu kerajaan dengan rakan berbeza. — Bernama

 ??  ?? DR MAHATHIR
DR MAHATHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia