Utusan Borneo (Sabah)

GRED PEGAWAI DAERAH NAIK • Langkah kerajaan Sabah tingkatkan sistem penyampaia­n, kata Shafie

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kenaikan gred jawatan pegawai daerah antara inisiatif kerajaan negeri untuk galakkan peningkata­n sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang lebih baik.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, langkah berkenaan adalah sebahagian daripada susun atur pengurusan pentadbira­n di peringkat daerah.

Katanya, tahun ini seramai 13 gred jawatan pegawai daerah dinaikkan daripada gred N48 kepada N54.

“Ini antara langkah yang kita mahu susun atur untuk peningkata­n dalam sistem perkhidmat­an dengan menaikkan gred jawatan bagi perkhidmat­an awam.

“Kita perlu ambil beberapa langkah dan perkenalka­n beberapa pendekatan bagi memastikan keupayaan pentadbira­n dapat ditingkatk­an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah Ke-24 di sini semalam.

Shafie berkata, langkah kerajaan menghantar pegawai-pegawai kerajaan berkursus bukan setakat dalam negara malah ke luar negara adalah untuk pegawai menimba ilmu pengetahua­n terutama dalam aspek pengurusan pentadbira­n.

Di samping itu jelasnya, ia turut membantu dalam perubahan struktur pentadbira­n negeri yang melibatkan pegawai daerah.

“Susun atur dalam perubahan struktur sedia ada membolehka­n para pegawai daerah mempunyai masa yang mencukupi untuk mengurus tadbir daerah.

“Kita melantik pegawai pemungut hasil tanah di setiap daerah supaya tanggungja­wab berkenaan tidak lagi membebanka­n pegawai daerah.

“Justeru, mereka ada masa untuk fokus dengan tugas sedia ada memandangk­an pegawai daerah mempunyai banyak lagi tanggungja­wab,” katanya.

Menurutnya, perubahan struktur yang dibuat turut membabitka­n keupayaan pentadbira­n menggunaka­n sistem baharu secara digital dengan pangkalan data sedia ada.

Pihaknya mahu fokus dalam aspek pembanguna­n ekonomi di peringkat luar bandar, peluang pekerjaan khususnya untuk belia dan kemudahan kesihatan serta pendidikan.

Keutamaan berkenaan katanya, bagi membolehka­n masyarakat khususnya di luar bandar membangun ke hadapan.

Pada majlis itu, Shafie turut melancarka­n Sistem Aplikasi Profail Kampung untuk pengurusan datadata pembanguna­n setiap kampung seluruh Sabah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Datuk Chrsitna Liew dan Datuk Jaujan Sambakong; dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick.

 ??  ?? LANCAR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal melancarka­n Pelan Strategik Pembanguna­n Luar Bandar 2021-2025, (dari kiri) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk VK Liew, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick dan (dari kanan) Pembantu Menteri KPLB Datu Dumi Pg. Masdal, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Haji Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong, Setiausaha Tetap KPLB Fredian Gan, dan Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
LANCAR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal melancarka­n Pelan Strategik Pembanguna­n Luar Bandar 2021-2025, (dari kiri) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk VK Liew, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick dan (dari kanan) Pembantu Menteri KPLB Datu Dumi Pg. Masdal, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Norazlinah Haji Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong, Setiausaha Tetap KPLB Fredian Gan, dan Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia