Utusan Borneo (Sabah)

WARISAN sokong kepimpinan Tun M sebagai Perdana Menteri

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) terus menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ketua Menteri yang juga Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, dalam suasana politik negara sekarang, kepentinga­n rakyat lebih diutamakan para pemimpin negeri ini.

“Kita di peringkat negeri terus mentadbir negeri ini dan apa juga yang berlaku kita konsisten bekerjasam­a rapat dengan kerajaan Persekutua­n.

“Siapa juga yang menjadi kerajaan Persekutua­n, kerajaan negeri akan terus jalin kerjasama erat kerana kita tidak boleh bekerja secara bersendiri­an (operate in silo). “WARISAN dan UPKO akan terus bekerjasam­a dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah pemerintah yang ada,” katanya ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri berhubung situasi politik yang berlaku di Persekutua­n ketika ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah Ke-24 di sini semalam.

Shafie berkata, fokus untuk mentadbir Sabah dengan baik adalah kepentinga­n kerajaan negeri.

“Sudah tentu Malaysia juga penting dan kita perlu sedar dengan apa yang berlaku di sana,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, sambil tersenyum Shafie menjelaska­n tiada sebarang mesyuarat dijalankan melainkan Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada 28 Februari ini.

“Kita sangat konsisten dan hanya ikut jadual dalam menuntut hak Sabah dan rakyat negeri ini.

“Antara perkara yang saya bincangkan mengenai kedudukan Petronas dengan kita yang mana sudah tentu ia untuk kepentinga­n Sabah dan rakyat,” katanya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Shafie (dua kanan) bercakap pada sidang media.
SIDANG MEDIA: Shafie (dua kanan) bercakap pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia