Utusan Borneo (Sabah)

JKKK Sarawak akan memainkan peranan yang lebih besar

Kabinet negeri pada mesyuarat minggu lalu bersetuju perkasa mereka dalam lebih banyak tugas pembanguna­n komuniti

-

BETONG: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di negeri ini kini akan memainkan peranan yang lebih besar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kabinet negeri pada mesyuarat minggu lalu bersetuju untuk memperkasa­kan mereka dalam lebih banyak tugas pembanguna­n komuniti.

“Kita telah memutuskan untuk mereka terlibat secara langsung dalam pelaksanaa­n projek transforma­si luar bandar.

“Ini termasuk baik pulih rumah panjang atau pembinaan surau dan jeti. Sebelum ini projek ini akan ditender keluar,” katanya ketika menghadiri Jerayawara Gabungan Parti Sarawak (GPS) di dua rumah panjang di Ulu Layar dan Bukit Saban di sini, kelmarin (Ahad).

Tambah Uggah, JKKK mempunyai dua pilihan untuk menjalanka­n projek sama ada secara gotongroyo­ng atau melantik kontraktor.

Kedua-dua cara ini katanya, perlu rundingan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) atau agensi yang relevan bagi reka bentuk, kos dan pemantauan kemajuan.

Kerajaan negeri katanya, akan menyediaka­n dana yang akan disalurkan kepada JKKK berkaitan.

Bermula bulan ini, kerajaan negeri katanya juga akan membayar gaji bulanan RM300 kepada setiap setiausaha JKKK, tidak seperti sebelum ini.

“Penambahba­ikan ini adalah sebagai mengiktira­f peranan penting JKKK dalam pembanguna­n komuniti.

“Ketua Menteri kita Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai perhatian yang sangat tinggi kepada JKKK.

“Mereka telah wujud sejak zaman White Rajah dan institusi yang sangat penting dalam mempromosi­kan perpaduan di negeri ini,” kata Uggah.

Mengenai pertanian, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah menggesa pekebun lada di sini tidak berputus asa berikutan harga rendah komoditi di pasaran.

Katanya, mereka boleh memohon bantuan daripada kerajaan untuk mengekalka­n tanaman mereka.

Hadir sama, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu.

“Kita telah memutuskan untuk mereka terlibat secara langsung dalam pelaksanaa­n projek transforma­si luar ” bandar. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? PERKASA GPS: Uggah (tiga kiri) bersama pemimpin akar umbi pada Jerayawara GPS di Melabu Bair, Ulu Layar, Betong.
PERKASA GPS: Uggah (tiga kiri) bersama pemimpin akar umbi pada Jerayawara GPS di Melabu Bair, Ulu Layar, Betong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia