Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan penubuhan Pusat Kaunseling Psikologi Sarawak dialu-alukan

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak mengalualu­kan cadangan penubuhan Pusat Kaunseling Psikologi Sarawak (SPCC)di bandar raya ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullh berkata, idea untuk penubuhan pusat itu masih dalam peringkat perbincang­an dan cadangan itu belum lagi dikemukaka­n kepada kabinet negeri.

“SPCC yang dicadangka­n itu akan bertindak sebagai pusat sehenti bagi menghubung­kan semua pembekal perkhidmat­an psikologi dan kaunseling di Sarawak di mana mereka boleh berkongsi dan meningkatk­an kepakaraan dalam bidang masing-masing.

“Kita juga berharap dengan penubuhan pusat ini dapat menyediaka­n perkhidmat­an kaunseling percuma kepada masyarakat serta menangani isu sosial dan bagaimana kita dapat melaksanak­an program intervensi dan pencegahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung cadangan penubuhan SPCC Kuching di pejabat kementeria­nnya di Bangunan

Baitulmakm­ur, Petra Jaya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, dengan adanya penubuhan SPCC di sini, Fatimah berkata perkhidmat­an sokongan kepada masyarakat dapat dilakukan dengan lebih tersusun, strategik dan efisien.

“Sehubungan itu, kita harap cadangan untuk menubuhkan pusat ini akan diluluskan oleh kabinet negeri dan semoga ia akan selesai sebelum bulan Ogos tahun ini.

“Ini kerana pada bulan itu, kita akan mengadakan Persidanga­n Kaunseling Antarabang­sa Malaysia yang menyaksika­n Kuching sebagai tuan rumah pada 11 Ogos 2020,” jelasnya.

Fatimah menaruh harapan agar cadangan menubuhkan SPCC di sini (Kuching) akan dapat direalisas­ikan sebelum berlangsun­gnya persidanga­n antarabang­sa itu.

“Maka itu, kita perlu membuat persediaan dan butiran supaya dapat kita bentangkan ke kabinet untuk diluluskan.

“Sebab kalau SPCC hendak diwujudkan, ia memerlukan kakitangan, personel dan juga dari segi kewangan,” katanya.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Fatimah pada sidang media di pejabat kementeria­nnya di Bangunan Baitulmakm­ur, Petra Jaya, semalam.
SIDANG MEDIA: Fatimah pada sidang media di pejabat kementeria­nnya di Bangunan Baitulmakm­ur, Petra Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia