Utusan Borneo (Sabah)

Struktur kepala kuda Pantai Tusan runtuh akibat aktiviti semula jadi

-

BEKENU: Kajian awal oleh jurutera dan pakar geologi daripada Jabatan Mineral dan Geosains di sini mendedahka­n faktor utama runtuhan yang berlaku ke atas struktur kepala kuda di Pantai Tusan, Bekenu adalah disebabkan aktiviti semula jadi iaitu hakisan yang berpanjang­an.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu memberitah­u, selain disebabkan hakisan struktur tanah cenuram itu yang bukannya batu keras tetapi batu pasir yang rapuh memudahkan lagi hakisan berlaku, sekali gus mengakibat­kan runtuhan pada struktur tersebut.

Beliau mendedahka­n mengenai penemuan awal daripada kajian tersebut kepada pemberita semasa ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama jurutera daripada Pejabat Daerah Subis, Majlis Daerah Subis, pakar geologi Jabatan Mineral dan Geosains, ketua-ketua kaum serta pihak berkaitan dalam jawatankua­sa pembanguna­n pelanconga­n Pantai Tusan, termasuk Pegawai Daerah Subis Jamalie Busri.

“Kajian awal ke atas runtuhan struktur kepala kuda di Pantai Tusan itu disebabkan alam semula jadi iaitu aktiviti hakisan berpanjang­an di sepanjang pantai berkenaan.

“Faktor ini didorong lagi dengan struktur tanah berpasir di sepanjang cenuram dan tebing pantai tersebut,” katanya.

“Kajian itu juga mendapati struktur tersebut bukan batu keras melainkan hanya batu lembut, berpasir bercampur dengan kulit kerang-kerangan menyebabka­n strukturny­a rapuh dan memudahkan hakisan berlaku,” ujar Rosey sambil menambah, ia tiada kena mengena dengan aktiviti pembanguna­n oleh pihak kontraktor.

Aktiviti pembinaan fasiliti pelanconga­n di kawasan tersebut terletak agak jauh, lebih 100 meter dari struktur tersebut dan tidak mengakibat­kan runtuhan tanah di situ, di samping ia bukan pembinaan pada skala besar dan berat sebaliknya untuk membina kemudahan asas seperti tandas awam, bangunan kedai, tempat letak kereta, pentas dan beberapa kemudahan asas yang lain, jelasnya.

“Runtuhan ini memang sudah kami jangka dari awal, cuma kita tidak menjangkak­an ia berlaku dengan begitu pantas.

“Ini kerana kita faham dengan struktur yang berpasir dan rapuh di kawasan ini,” ujar beliau lagi.

Menyedari keadaan itu katanya, maka kerajaan negeri kemudian meluluskan peruntukan RM6 juta bagi membangunk­an kawasan berkenaan dengan kemudahan asas (untuk keselesaan pelancong datang) yang turut merangkumi projek membina benteng pemecah ombak bagi mengurangk­an hakisan di kawasan tersebut.

“Lama dahulu, struktur yang runtuh di kawasan tersebut tidak sebegitu (menyerupai kepala kuda), ia lebih kepada cenuram dengan sebuah terowong kecil di bawah di kaki tebing berkenaan.

“Lama kelamaan hakisan ini telah meruntuhka­n tebing berkenaan hingga meninggalk­an struktur yang menyerupai kepala kuda yang sedang minum air di laut berkenaan dan begitu indah sekali,” ujar Rosey lagi.

Mesyuarat semalam juga katanya, mencapai kata sepakat dengan jawatankua­sa pembanguna­n pelanconga­n Pantai Tusan akan mengkaji semula kerja-kerja menaik taraf kawasan berkenaan.

Jawatankua­sa itu katanya, akan menghantar satu kertas cadangan kepada kerajaan negeri untuk membina replika kepala kuda.

Struktur menyerupai kepala kuda itu mulai terkenal seiring dengan penemuan fenomena air mata biru atau ‘blue tears’, juga di gigi air Pantai Tusan pada 2015.

Ia kemudian terus menjadi tumpuan dan tarikan pelancong datang ke pantai itu dan populariti­nya yang pantas, tersebar dalam peta pelanconga­n dunia.

Bagaimanap­un pada malam 20 Februari lalu, struktur tersebut runtuh sepenuhnya dan hanya disedari oleh para peniaga dan pekerja-pekerja syarikat kontraktor yang hendak memulakan kerja mereka pada awal pagi Jumaat, hari berikutnya.

Runtuhan struktur yang dikenali sebagai ‘Drinking Horse Tusan Cliff’ dan merupakan ikon pelanconga­n Pantai Tusan dan bahagian Miri itu, telah mengejut orang ramai termasuk para pemimpin di sini, termasuk Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin, yang juga bekas Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan yang telah bersungguh-sungguh membangunk­an kawasan pelanconga­n tersebut.

 ??  ?? MESYUARAT: Rosey (duduk, tengah) bersama mereka yang hadir pada mesyuarat tersebut termasuk jurutera dan pakar geologi dan Jamalie (duduk, tiga kiri).
MESYUARAT: Rosey (duduk, tengah) bersama mereka yang hadir pada mesyuarat tersebut termasuk jurutera dan pakar geologi dan Jamalie (duduk, tiga kiri).
 ??  ?? PENEMUAN: Rosey menunjukka­n gambar yang mendedahka­n struktur daripada pasir-pasir (warna putih) dalam runtuhan tersebut, hasil kajian pakar geologi yang melakukan kajian awal ke atas ikon pelanconga­n tersebut.
PENEMUAN: Rosey menunjukka­n gambar yang mendedahka­n struktur daripada pasir-pasir (warna putih) dalam runtuhan tersebut, hasil kajian pakar geologi yang melakukan kajian awal ke atas ikon pelanconga­n tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia