Utusan Borneo (Sabah)

70 peserta menyertai Kursus Asas Kontraktor

- Oleh Kenneddy Corlleus

KIMANIS: Bagi melahirkan ramai kontraktor di kawasan ini, Parti WARISAN Bahagian Kimanis menganjurk­an Kursus Asas Kontraktor di Bilik Mesyuarat pejabat itu, di sini.

Seramai 70 peserta menyertai kursus berkenaan yang telah dirasmikan Ketua Bahagian WARISAN Kimanis Datuk Karim Bujang.

Karim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) WARISAN Pusat dalam ucapannya berkata, kursus itu adalah salah satu usaha pihaknya bagi memban- tu meningkatk­an ekonomi masyarakat setempat.

Katanya, inisiatif itu juga adalah anjuran kali pertama pihaknya dan bakal menganjurk­an lebih banyak kursus membabitka­n pelbagai bidang antaranya pertanian, penternaka­n, makanan serta kemahiran.

“Ini adalah inisiatif kita untuk melahirkan lebih ramai kontraktor, sekali gus dapat membantu kerajaan dalam mengurangk­an kadar garis kemiskinan di negeri ini.

“Selepas ini, kita akan menganjurk­an lebih banyak kursus membabitka­n bidang-bidang yang berkeupaya­an menjana ekonomi rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Karim berkata, selain menjadi pusat pentadbira­n parti, pihaknya juga bercadang menjadikan pejabat itu sebagai pusat pembanguna­n sosioekono­mi penduduk.

Menurutnya, ia perlu memandangk­an usaha meningkatk­an taraf hidup rakyat perlu dimulakan di peringkat bahagian parti tanpa perlu terus berharap kepada bantuan kerajaan.

“Kita mempunyai dua tingkat ruangan iaitu tingkat satu adalah pejabat pentadbira­n parti manakala tingkat dua adalah bilik mesyuarat atau pun ruangan kursus yang lengkap.

“Kemudahan yang boleh menampung sehingga 200 orang dalam satu masa ini boleh digunakan untuk sebarang kursus yang dapat memberi manfaat kepada anak Kimanis,” katanya.

Sehubungan itu katanya, mana-mana pihak yang berminat boleh menghubung­i Pejabat WARISAN Bahagian Kimanis untuk tempahan.

 ??  ?? KURSUS: Karim (duduk, dua kanan) bersama sebahagian peserta kursus dalam satu program yang diadakan di Pejabat Parti WARISAN Bahagian Kimanis.
KURSUS: Karim (duduk, dua kanan) bersama sebahagian peserta kursus dalam satu program yang diadakan di Pejabat Parti WARISAN Bahagian Kimanis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia