Utusan Borneo (Sabah)

Arifin kekal sebagai presiden PMBS

- Oleh Kenneddy Corlleus

PAPAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Arifin Arif kekal sebagai Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) bagi sesi 2020/2023.

Beliau yang memenangi jawatan itu dalam pemilihan ahli jawatankua­sa tertinggi PMBS setelah mengetepik­an pencabarny­a Datuk Ag Ahmad Shah Ag Sahri dalam mesyuarat agung persatuan itu yang diadakan di Dewan Masyarakat Papar pada Sabtu lepas.

Sementara itu Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir dan Pengiran Jaafar Pengiran Othman masingmasi­ng dipilih untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PMBS setelah kedua-dua jawatan itu tidak dicabar.

Bagi sembilan Ahli Jawatankua­sa Pusat yang dipilih masing-masing dimenangi oleh Ahmad Yakub, Mohd Faisal Ag Sahak, Liman Yusof, Latif Osman, Zaidi Omar, Nismah Kanak, Ahmad Mahmud, Saat Ag Damit dan Ag Damit Pg Abd Razak.

Terdahulu berucap di majlis itu Arifin berkata, kecemerlan­gan sesebuah persatuan, termasuk PMBS bergantung kepada sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya anggota persatuan itu.

Sehubungan itu beliau optimis ahli persatuan boleh memanfaatk­an segala kemahiran dan pengalaman luas untuk membantu kerajaan membangunk­an negeri dan menjayakan pelbagai dasar dan agenda pembanguna­n.

“Kita amat menghargai dan mengalu-alukan bekas-bekas pemimpin PMBS sebelum ini termasuk golongan profesiona­l dari masyarakat Brunei yang bersama-sama kita dalam persatuan ini, bukan sahaja sebagai agen penggerak PMBS tapi sebagai badan pemikir yang akan menentukan halatuju persatuan dalam mendepani cabaran pada masa akan datang,” katanya.

Menurut Arifin melalui badan pemikir ini, PMBS telah mencetuska­n beberapa idea dan disampaika­n kepada kerajaan antaranya dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Katanya melalui badan pemikir PMBS telah mencetuska­n idea untuk martabatka­n pendidikan agama di unversiti khususnya Unversiti Malaysia Sabah (UMS) sudah wujud fakulti atau program penderasan pengajian Islam yang telah dimulakan dua tahun lalu.

Selain itu katanya PMBS turut mencadangk­an kepada kerajaan untuk mewujudkan sebuah perpustaka­an Islam yang akhirnya menjadi kenyataan di mana bangunan berkenaan telah pun siap dilaksanak­an berdekatan dengan masjid negeri yang bakal menjadi perpustaka­an rujukan para ilmuan di nusantara ini.

“Dalam pembanguna­n ekonomi PMBS juga melalui badan pemikir persatuan turut mencetuska­n idea yang dibawa dalam persidanga­n DUN untuk memartabat­kan keusahawan­an dan cadangan ini diterima dan akhirnya sebuah bazar Madinah yang menjadi pusat kepada para usahawan menjalanka­n aktiviti perniagaan telah di dirikan berhampira­n masjid negeri,” katanya.

Tambahnya, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan, beliau mengajak anggota persatuan agar dapat membulatka­n tekad, komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan demi pembanguna­n untuk manfaat rakyat pada keseluruha­nnya.

“Saya ingin menyaranka­n agar lebih ramai masyarakat Brunei di negeri ini termasuk golongan profesiona­l turut serta menjadi ahli persatuan kerana melalui persatuan ini, kita dapat berjumpa serta berinterak­si antara satu sama lain, sambil mengeratka­n lagi semangat persahabat­an dan persaudara­an sesama ahli, seterusnya merancang dan melaksanak­an pelbagai aktiviti untuk kepentinga­n persatuan,” katanya.

 ??  ?? PIMPINAN: Arifin (tengah) bersama kepimpinan baharu PMBS untuk sesi 2020/2023 merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat agung itu.
PIMPINAN: Arifin (tengah) bersama kepimpinan baharu PMBS untuk sesi 2020/2023 merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat agung itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia