Utusan Borneo (Sabah)

Elak terperdaya maklumat di media sosial

-

KOTA KINABALU: Masyarakat diminta supaya tidak terperdaya maklumat yang diterima melalui media sosial.

Timbalan Ketua Pimpinan Badan BERSATU Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, masyarakat seharusnya menepis semua maklumat dan berita yang diperoleh, khususnya dari media sosial.

Beliau berkata, perkara itu sangat penting kerana maklumat yang diterima tidak semestinya benar dan hanya fitnah yang mahu menjatuhka­n parti dan pucuk pimpinan.

“Jangan kita mudah terpesong dengan tipu muslihat dan pembohonga­n yang disebarkan pihak tidak bertanggun­gjawab. Salur maklumat yang betul jangan sebar maklumat yang tidak betul,” katanya.

Tegasnya fitnah yang disebarkan melalui media sosial itu dilihat sebagai salah satu bentuk ‘peperangan’ yang mampu mengganggu- gugat sesebuah negara.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kursus Media Sosial di sini kelmarin.

Kursus berkenaan anjuran Inisiatif Bina Bangsa dengan kerjasama Penerangan BERSATU

Sabah.

Beliau berkata orang ramai kini berlumba-lumba menjadi yang pertama berkongsi sesuatu di laman sosial tanpa memikirkan kesan penyebaran dan perkongsia­n berita palsu itu bukan saja mengeliruk­an masyarakat, malah boleh mengancam keharmonia­n negara.

“Dalam hal ini, masyarakat memainkan peranan penting untuk mendidik anak masing-masing supaya lebih bertanggun­gjawab ketika menggunaka­n media sosial.

“Ini kerana kawalan kendiri membabitka­n kesedaran individu itu sendiri dan ia penting dalam menghadapi era kecanggiha­n teknologi maklumat,” katanya.

Seramai 45 peserta menyertai Kursus Media Sosial.

 ??  ?? KENANGAN:
Masidi bergambar kenangan bersama peserta Kursus Media Sosial di Kota Kinabalu.
KENANGAN: Masidi bergambar kenangan bersama peserta Kursus Media Sosial di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia