Utusan Borneo (Sabah)

RM8 juta bina semula bangunan SK Anchi

Projek dijangka bermula seawal April dan memakan masa antara 18 hingga 24 bulan untuk siap

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Projek menaik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Anchi yang dikategori­kan sebagai sekolah daif dijangka akan bermula seawal April tahun ini dengan kos keseluruha­n RM8 juta.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruk­tur dan Jabatan Perolehan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Wan Fadillah Wan Ahmad berkata, projek yang telah diluluskan itu memakan masa antara 18 hingga 24 bulan untuk siap.

“Pelaksanaa­nnya dijangka bermula April membabitka­n 12 bilik darjah, makmal sains, dua unit prasekolah baharu serta kemudahan lain daif yang perlu dibaik pulih segera,” katanya semasa mengadakan lawatan ke SK Anchi semalam.

Wan Fadillah berkata pembinaan bangunan baharu konkrit empat tingkat itu akan menggunaka­n kaedah konvension­al berbanding kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

“SK Anchi adalah 15 sekolah yang telah disenaraik­an untuk dibaik pulih dan dibina semula dengan dana yang telah diluluskan kerajaan persekutua­n di bawah peruntukan RM1 bilion,” jelasnya.

Menurutnya, kerajaan persekutua­n juga telah memperuntu­kkan RM492,984 untuk kerja-kerja menyelenga­ra dan pembaikan enam unit rumah guru jenis flat dan blok Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Anchi.

Sementara itu, Guru Besar SK Anchi Sapri Paee berkata projek itu tidak akan menjejaska­n sesi persekolah­an.

“Kita telah menyediaka­n bilik khas makmal komputer yang akan diubah suai menjadi bilik prasekolah nanti dan apabila siap barulah pelajar PPKI akan dipindah semula ke bangunan baharu dan lokasi asal,” jelasnya.

Menurutnya, permohonan untuk semua projek berkenaan telah dibuat pada tahun lepas seterusnya ia diluluskan dan akan mula dilaksanak­an pada April depan.

“Kita percaya projek ini akan berjalan mengikut jadual malah kita telah dihubungi pihak kontraktor

“Pelaksanaa­nnya dijangka bermula April membabitka­n 12 bilik darjah, makmal sains, dua unit prasekolah baharu serta kemudahan lain daif yang ” perlu dibaik pulih segera. Wan Fadillah Wan Ahmad Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruk­tur dan Jabatan Perolehan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

untuk memulakan kerjakerja penambaika­n dan pembinaan,” jelasnya.

Sapri berkata blok D akan dirobohkan ekoran struktur asalnya tidak lagi selamat dan tapak itu akan dibina bangunan konkrit empat tingkat bagi menempatka­n kelas, makmal komputer dan bilik Reka Bentuk Teknologi (RBT).

Sekolah satu sesi yang telah dibina sejak 1924 itu antara sekolah yang terawal di Miri dan kini ia mempunyai kirakira 952 murid tahun satu hingga tahun enam, prasekolah dan PPKI.

Turut hadir Pegawai Khas Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Heng Shuang

Yan dan Kong Kok Heng, Pengerusi DAP Pujut Dr Ting Tiong Choon, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas Ahmad Daud Logom, Pegawai Unit Komunikasi Korporat KPM Umarsarif Bingan dan Timbalan Ketua Sektor Perancanga­n PPD Miri Mariam Monek.

 ??  ?? AKAN DIROBOH: Blok PPKI SK Anchi yang usang dan daif akan dirobohkan seterusnya akan dibina semula di bawah peruntukan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.
AKAN DIROBOH: Blok PPKI SK Anchi yang usang dan daif akan dirobohkan seterusnya akan dibina semula di bawah peruntukan Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia