Utusan Borneo (Sabah)

SABATI sentiasa bantu ahli masyarakat ditimpa musibah

-

KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) akan sentiasa membantu ahli masyarakat yang ditimpa musibah dan mereka yang memerlukan.

Demikian kata Bendahari Kehormat SABATI Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin ketika berucap ringkas di hadapan media mewakili isteri Ketua Menteri yang juga Presiden SABATI Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang di sini.

“Pihak SABATI begitu prihatin dengan masalah masyarakat dan diharap bantuan yang diberikan ini dapat mengurangk­an beban tanggungan mereka untuk lima keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Sourabaya Ulu baru-baru ini.

Sejak ditubuhkan 37 tahun lalu, SABATI memberi bantuan kepada ahli masyarakat yang menghadapi musibah tanpa mengira bangsa dan agama atau mereka yang memerlukan rawatan kesihatan di sini atau di ibu kota,” katanya semalam.

Sumbangan berupa cek itu disampaika­n Juma’ani kepada Ketua Kaum Kampung Sourabaya Ulu Nazri Abdul Rahman mewakili Yusup Muhd Bujang.

Sementara penerima yang lain ialah Mohd Napiah Abu Bakar, Siti Aida Ismail, Mohd Sah Mahrup dan Mohammad Yusuf Abu Bakar, juga hadir sama sambil disaksikan Setiausaha Kehormat SABATI Datin Dr Zaliha Abdullah dan Ahli Jawatankua­sa Eksekutif SABATI Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar.

Ketika ditemui, Napiah, 47 tahun bekerja sebagai Polis Bantuan di UiTM Samarahan berkata rumah yang didiaminya bersama isteri serta lima anak mereka ranap terbakar.

“Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku, tetapi telah diberitahu bahawa satu gotong-royong akan diadakan bersama pihak DBKU untuk membina sebuah rumah sementara di tapak yang sama untuk kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Napiah dan keluargany­a kini menetap di rumah ibu saudaranya dan agak berasa kekok sedikit sementara anak-anak beliau yang masih bersekolah tinggal di asrama untuk sementara waktu ini.

Pada masa yang sama, Nazri berkata kejadian berlaku disebabkan salah seorang mangsa, berumur 54 tahun yang juga merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU).

“Dia pada masa itu berada di rumah seorang diri dan dipercayai punca api disebabkan puntung rokok yang tidak dipadamkan apinya.

“Melihat api kian marak, dia kemudian ke rumah saudara berdekatan dan rumah Napiah yang juga pengerusi Koperasi Kampung Sourabaya Ulu terletak dua meter sahaja turut terjejas...kini tinggal sehelai sepinggang.

“Tapi bantuan untuk keluarga yang terkena musibah ini tidak putus-putus, syukurlah,” katanya sebagai tanda penghargaa­n kepada kerajaan negeri dan individu yang telah membantu.

Anak bongsu Napiah merupakan bayi berusia lima bulan.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Nazri (empat) mewakili Yusuf bersama empat lagi mangsa kebakaran Kampung Sourabaya Ulu menerima sumbangan daripada Juma’ani (tengah) di pejabatnya di sini. Turut kelihatan Siti Shorgayah (empat kanan), Fatimah (lima kanan) dan Zaliha (enam kanan).
TERIMA KASIH: Nazri (empat) mewakili Yusuf bersama empat lagi mangsa kebakaran Kampung Sourabaya Ulu menerima sumbangan daripada Juma’ani (tengah) di pejabatnya di sini. Turut kelihatan Siti Shorgayah (empat kanan), Fatimah (lima kanan) dan Zaliha (enam kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia