Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftara­n untuk APL JCI 2020 kini dibuka

-

SIBU: Pendaftara­n untuk Anugerah Pembanguna­n Lestari (APL) Junior Chamber Internatio­nal Malaysia (JCI) 2020 kini dibuka untuk pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan korporat bersatu.

Pengerusi penganjurn­ya Jeisse Lim berkata, ini adalah tahun ketiga APL yang diunjurkan oleh JCI Malaysia untuk mempromosi­kan Matlamat Pembanguna­n Lestari (MPL) Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB).

“Tujuh belas matlamat MPL direka untuk menjadi pelan tindakan bagi mencapai masa depan yang lebih baik dan lebih mampan untuk semua.

“MPL direka untuk membawa dunia hari ini kepada beberapa perubahan dalam kehidupan, termasuk menghapus kemiskinan, melindungi planet ini dan memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Sibu, semalam.

Hadir sama Presiden JCI Malaysia Ken Lee dan beberapa ahli JCI yang lain.

Menurut Jeisse, APL 2020 adalah peluang yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk organisasi korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyelaras­kan matlamat-matlamat kelestaria­n mereka selari dengan MPL PBB.

“Ini untuk menjadikan dunia kita lebih makmur, inklusif, mampan dan berdaya tahan,” ujarnya.

Majlis penyampaia­n anugerah itu yang ditubuhkan pada 2017 akan diadakan di Muar, Johor pada 5 September.

Tarikh tutup untuk menghantar penyertaan adalah pada 31 Mei.

Semua penyertaan dikehendak­i mengemukak­an secara dalam talian di http:// sda.jcimalaysi­a.cc/.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jeisse Lim (0194903144) dan Esther Puoo (017-363 6683).

 ??  ?? TERIMALAH: Jeisse (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Presiden JCI Sibu Grace Kho sambil diperhatik­an Lee (dua kiri) dan pengerusi penganjur sidang media Daphne Chiew.
TERIMALAH: Jeisse (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Presiden JCI Sibu Grace Kho sambil diperhatik­an Lee (dua kiri) dan pengerusi penganjur sidang media Daphne Chiew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia