Utusan Borneo (Sabah)

Bomba terpaksa ‘mengejar’ api padam kebakaran paya

Kebakaran berlaku di Lot 3711 Kuala Baram itu melibatkan kawasan yang amat luas, kata Law

- Oleh Sudan Ajang

“Kami perlu ‘mengejar’ api kerana angin kuat menyebabka­n api cepat merebak selain kawasan itu tidak pernah terbakar sejak 2016 menyebabka­n rumputnya tebal dan mengambil masa ” untuk padam. Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri

MIRI: Bomba terpaksa ‘mengejar’ api dalam usaha memadam kebakaran melibatkan kawasan tanah paya gambut di Kuala Baram dekat sini sejak semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata kebakaran berlaku di Lot 3711 itu melibatkan kawasan yang amat luas.

“Kami perlu ‘mengejar’ api kerana angin kuat menyebabka­n api cepat merebak selain kawasan itu tidak pernah terbakar sejak 2016 menyebabka­n rumputnya tebal dan mengambil masa untuk padam.

“Usaha mengawal kebakaran sukar kerana walaupun kami berjaya memadamkan api di permukaan namun ia masih hidup di bawah tanah,” katanya ketika ditemui selepas melawat Menara Tinjau Tudan di sini semalam.

Law menambah, usaha memadamkan kebakaran pada 22 Februari itu dijangka mengambil masa seminggu.

“Buat masa ini, paras air masih tinggi dan tanah gambut masih basah.

“Kita perlu sentiasa menyembur air sepanjang masa,” jelasnya sambil menyatakan bahawa operasi memadam api turut dibantu pasukan Shin Yang dan Naim Holdings.

Beliau menambah, bomba memantau situasi kebakaran dari semasa ke semasa.

Law turut meminta kerjasama orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka menjelang musim kemarau berlaku pada Februari hingga April.

“Ini adalah musim kemarau panjang di kawasan Miri tahun ini.

“Sejak Januari kita menerima panggilan kebakaran semak sekurang-kurangnya enam kali sehari,” katanya.

Beliau berkata, menjadi kebiasaan penduduk di sini apabila panas beberapa hari mereka melakukan pembakaran terbuka untuk bercucuk tanam.

“Kebakaran hutan paya gambut menyebabka­n jerebu di kawasan Senadin sejak semalam,” jelasnya.

Sementara itu, Law dalam satu kenyataan berkata kebakaran bermula dari kawasan tanah kosong di tepi jalan raya Kuala Baram pada 22 Februari, jam 2.15 petang sebelum merebak sehingga ke Lot 3711.

Katanya, operasi memadam melibatkan 35 anggota terdiri daripada bomba (15), pekerja Naim (12) dan Agensi Pemadaman Lembaga Pelabuhan Miri (lapan).

Operasi itu melibatkan aset bomba iaitu sebuah jentera Scania FRT, sebuah Prime Mover Water Tanker, dua pam angkut dan sebuah lori, DMax dan Kembara, dua pam angkut, empat kenderaan pacuan empat roda dan dua jengkaut (Naim) dan sebuah Fort Nissan UD oleh Agensi Pemadam Lembaga Pelabuhan Miri.

Dianggarka­n seluas 350 ekar kawasan terjejas dan setakat ini sebanyak 10 ekar berjaya dipadamkan.

Operasi pemadaman masih diteruskan dengan menggunaka­n dua unit pam angkut dan air dari Fire Break berdekatan oleh pasukan Naim.

“Bomba menggunaka­n sebuah water tanker 20,000 liter dan sebuah jentera FRT melakukan pemadaman kebakaran menggunaka­n kaedah Direct Attack oleh kedua-dua pasukan pemadaman.

“Keadaan angin anggaran berkelajua­n 20 knot purata menyukarka­n api dikawal namun berkuranga­n berbanding semalam (kelmarin),” kata Law.

Selain itu, kawasan kebakaran hanya dapat diakses menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda bagi bahagian dalam dan tepi jalan raya untuk jentera dan paras air dalam ‘fire break’ masih rendah kerana ketiadaan hujan sejak lebih seminggu.

 ??  ?? TUNGKUS-LUMUS: Usaha memadamkan kebakaran di Lot 3711, Kuala Baram, Miri masih diteruskan semalam.
TUNGKUS-LUMUS: Usaha memadamkan kebakaran di Lot 3711, Kuala Baram, Miri masih diteruskan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia