Utusan Borneo (Sabah)

5,000 unit dekoder MyFreeView diagih kepada penerima BSH, 26-28 Februari

-

MIRI: Sejumlah 5,000 unit dekoder MyFreeView dijangka diedarkan kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di sini pada Program Pengagihan Dekoder MyTV bermula 26 hingga 28 Februari ini di dua lokasi berbeza.

Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee berkata program mengagih dekoder itu yang akan berlangsun­g selama tiga hari akan diadakan di Emart Riam dan kemplek beli-belah Boulevard.

“Program pengagihan dekoder ini akan bermula di Emart Riam pada 26 Februari dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

“Kemudian, program itu akan disambung lagi selama dua hari di tingkat tiga kompleks beli-belah Boulevard,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan penerima BSH yang masih belum menerima dekoder MyTv agar mendapatka­n unit berkenaan secara percuma semasa program tiga hari itu kelak.

Beliau mengingatk­an penerima untuk membawa kad pengenalan mereka semasa mengambil unit dekoder itu bagi tujuan pengesahan.

“Penyiaran TV analog mulai ditutup bermula 1 November tahun lalu.

“Oleh itu, semua program televisyen kini dihantar secara digital. Isi rumah dengan televisyen analog memerlukan dekoder TV untuk menonton saluran televisyen,” tambahnya.

Dengan adanya televisyen digital, beliau berkata penonton dapat menerima gambar yang lebih jelas.

Di samping itu, beliau menambah penonton juga dapat menonton sebanyak 16 saluran program televisyen digital berbanding hanya beberapa saluran analog.

“Merekayang­inginmenye­mak kelayakan untuk dekoder percuma ini, MyFreeView Decoder boleh menyemak menerusi perkhidmat­an pesanan ringkas (SMS) ke 15888 melalui dengan menaip MYTV (ruang) DECODER (ruang) nombor IC atau melayari www.mytvbroadc­asting.my/B40 atau hubungi MyFreeView Service Center di talian bebas tol 1300 806 988 atau 1800 181 088.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia