Utusan Borneo (Sabah)

Penjaja harian Pasar Tamu Sibu Jaya dipindahka­n

Pemindahan dilakukan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja menaik taraf Pasar Tamu Sibu Jaya

- Oleh Andy Sabang SEMPURAI

SIBU: Penjaja harian di Pasar Tamu Sibu Jaya di sini, dipindahka­n sementara ke kawasan terbuka kompleks beli belah (pasar baharu Sibu Jaya).

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai berkata, pemindahan itu dilakukan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja menaik taraf Pasar Tamu Sibu Jaya.

Katanya, sejumlah RM500,000 diperuntuk­kan untuk kegunaan menaik taraf Pasar Tamu Sibu Jaya bagi meningkatk­an keselesaan para peniaga dan pembeli yang menjalanka­n aktiviti jual beli di pasar tamu terse

“Kerja-kerja menaik taraf tersebut dijangka bermula awal pertengaha­n tahun ini, selepas proses lukisan reka ” bentuk dan tender selesai.

Sempurai Petrus Ngelai Pengerusi MDLBS

but.

“Kerja-kerja menaik taraf tersebut dijangka bermula awal pertengaha­n tahun ini, selepas proses lukisan reka bentuk dan tender selesai,” katanya semasa dihubungi semalam.

Sempurai yakin para penjaja harian tersebut akan memiliki tempat pemasaran yang betul apabila kerja-kerja menaik taraf selesai.

Selain itu katanya, ia juga akan menarik lebih ramai masyarakat mengambil bahagian dalam perniagaan.

“Apabila kerja-kerja menaik taraf selesai kelak, saya percaya lebih banyak aktiviti ekonomi dapat dijalanka,” jelasnya.

Sempurai juga berharap para penjaja harian berkenaan menjaga kebersihan di pasar baharu sementara berkenaan.

Beliau berkata, semua penjaja diingatkan agar terus memberi kerjasama kepada MDLBS dan pihak berkuasa lain.

Katanya, ini penting agar semua pihak sentiasa menjaga dan mengekalka­n kebersihan di kawasan pasar itu.

 ??  ?? DIPINDAHKA­N: Lokasi baharu untuk para penjaja harian menjalanka­n aktiviti perniagaan mereka.
DIPINDAHKA­N: Lokasi baharu untuk para penjaja harian menjalanka­n aktiviti perniagaan mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia